“Terima Kasih Ingatkan”- Pemandu Grab Beri Nasihat Jangan Lupakan Ibu Bapa Buat Ramai Sebak [Video]

Sudah menjadi kebiasaan, segelintir daripada penumpang yang menaiki kenderaan e-hailing pasti akan berbual-bual dengan pemandunya.

Adakala perbualan ini sengaja dicetuskan untuk memecahkan kesunyian situasi di dalam kereta, apabila berbicara secara tidak langsung kita dapat mengenali dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman mereka.

Namun, tidak semua pelanggan memilih untuk berbual ada juga yang lebih gemar kepada suasana yang sunyi.

Sebak ketika dinasihatkan pemandu Grab

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Ryanalysaaa, memaparkan seorang pemandu Grab yang memberi nasihat sehingga membuatkan dirinya sebak.

Menerusi video tersebut, pak cik pemandu Grab itu dilihat memberi nasihat kepada penumpangnya tentang keperluan melakukan kebaikan terhadap ibu bapa.

Jelasnya, kita perlu sentiasa mengingati ibu bapa dan tidak berkira untuk menghulurkan bantuan meskipun kedua orang tua itu berkemampuan.

Katanya, ia sebenarnya bukanlah kerana wang, tetapi ia merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT apabila anak sentiasa mengingati mereka dan membalas jasa yang membuatkan ibu bapa berasa seronok.

@ryanalysaaa

Terima kasih pakcik 🥹 jarang saya naik Grab, tapi kalini ni sebak betul 🥺

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Rasa nikmat yang tuhan bagi apabila anak balas jasa ibu bapa

“Bila kita dah jadi orang tua, bila anak tu bagi kita rasa macam satu nikmat tuhan bagi.

“Oh anak aku balas jasa, kita rasa macam-macam benda seronok. Haa.. jangan lupa mak ayah,” kata pak cik itu.

Beri cadangan untuk belanjakan gaji pertama dengan bawa ibu bapa makan-makan

Dia dalam masa sama turut memberi cadangan agar gaji pertama yang dimiliki itu untuk dibelanjakan kepada ibu bapa dengan membawa mereka makan dan menyifatkan ia sesuatu yang baik untuk dilakukan.

“Kalau boleh gaji pertama tu, dapat saja bawa mak ayah pergi makan… berkat dia haaa.

“Tak percaya kamu dengar cakap pak cik,” kata pemandu itu lagi.

Ryanalysaaa turut berterima kasih kepada pak cik tersebut dan memaklumkan dia sebenarnya jarang menggunakan perkhidmatan Grab tetapi pengalaman kali ini membuatkannya berasa sebak atas kata-kata nasihat yang diberikan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan nasihat pak cik tersebut. Malah mereka turut bersetuju tentang konsep gaji pertama diberikan kepada ibu bapa lebih diberkati.

‘Mesti dia luah tentang kehidupan dia’

‘Betul sangat bab gaji pertama tu, rasa yang tak dapat digambarkan’

‘Terima kasih pakcik tolong ingatkan’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

13 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

13 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

13 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

15 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

16 hours ago