fbpx

Urusan Bank Lebih Mudah! Ini Cara Tukar Kad Debit CIMB Secara Online

Pembaharuan kad debit CIMB secara online ini hanya dikhususkan untuk kad yang telah tamat tempoh atau bakal luput dalam tempoh tiga bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui yang setiap kad bank seperti kad debit mempunyai tempoh luput dan perlu ditukar apabila tiba masanya.

Selain tamat tempoh, ada juga kad bank yang perlu ditukar lebih awal antaranya disebabkan kehilangan, dan kerosakan pada cip sehingga ianya tidak dapat digunakan lagi.

Nak atau tak nak, anda tetap perlu menukarkan kad bank tersebut bagi melancarkan urusan harian anda.

Namun tahukah anda kebanyakan institusi perbankan sudah menawarkan ciri untuk menukar kad bank secara online sahaja?

Jika sebelum ini kami ada berkongsi cara menukar kad debit Maybank, kali ini kami akan memberikan panduan untuk memperbaharui atau menukad kad debit CIMB secara online seperti yang dikongsikan di laman web mereka.

Cara untuk tukar kad debit CIMB

#1 Langkah pertama, layari laman web khas CIMB di sini atau salin pautan ini : https://apply.cimb.com.my/dcrform/#/

#2  Isi dan lengkapkan maklumat yang diperlukan iaitu enam angka terakhir MyKad dan empat angka terakhir pada kad debit anda. Sebaik selesai, klik PROCEED.

#3  Gunakan nombor OTP yang telah dihantar ke nombor telefon (pastikan ia nombor sama yang telah daftarkan untuk pengesahan terdahulu) dan salinkan ia pada ruangan yang disediakan. Klik Confirm.

#4 Pilih kaedah penerimaan, sama ada anda mahukan kad debit itu dihantar ke alamat anda atau diambil di cawangan CIMB.

#5 Jika anda memilih kaedah penghantaran, sahkan alamat bagi penghantaran kad debit tersebut dan tekan Proceed diikuti Yes untuk pengesahan terakhir.

Sebaik selesai, anda akan menerima notifikasi memaklumkan kad tersebut akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja.

Sebagai ingatan, pembaharuan kad debit CIMB secara online ini hanya dikhususkan untuk kad yang telah tampat tempoh atau bakal luput dalam tempoh tiga bulan.

Untuk maklumat lanjut layari laman web CIMB bagi tujuan pembaharuan di sini atau salin pautan ini ke browser anda : https://www.cimb.com.my/renewal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.