fbpx
Now Reading
Guna Kaedah ‘Cuba Nasib’, Permainan Mesin Claw Adalah Haram

Guna Kaedah ‘Cuba Nasib’, Permainan Mesin Claw Adalah Haram

Kenyataan ini dilihat senada dengan penjelasan oleh pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2019 dan Mufi Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) pada 2021.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Permainan ‘claw machine’ bukanlah satu benda asing buat kita. Permainan arked yang menggunakan cakar besi bagi mengambil barangan yang dipertaruhkan dalam mesin tersebut boleh dilihat di mana-mana sahaja antaranya di dalam pasar raya mahupun di galeri permainan arked.

Namun memandangkan permainan kaut ini berunsur ‘tikam’ atau dalam bahasa mudahnya bergantung kepada tuah dan nasib seseorang, ramai menyifatkan ianya sebagai satu permainan yang mencabar dan menyeronokkan.

Malah ia turut digilai segelintir orang dewasa, anak muda malahan kanak-kanak kecil.

Terbaharu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) memaklumkan mesin claw ini adalah difatwakan haram dalam Islam.

Menurut Ketua Fatwa MUI Asrorun Ni’am Sholeh, ia difatwakan haram kerana dasarnya melibatkan kaedah ‘cuba nasib’ untuk mendapatkan hadiah yang disediakan.

Malah ia sudah difatwakan haram oleh lembaga yang menguruskan hal ehwal halal dan haram negara tersebut pada 3 Oktober 2007.

“Permainan yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan faedah atau hadiah, termasuk cara kaedahnya seperti mencuba nasib adalah haram.

“Fatwa berkaitan hal tersebut sudah dimasukkan ke dalam garis panduan permainan media atau mesin permainan yang di kelolakan oleh agensi rekreasi Indonesia, katanya dipetik dari Kompas.

Foto : Pexels/ Rachel Claire

Senada dengan Mufti Wilayah Persekutan dan Mufti Perlis

Kenyataan ini dilihat senada dengan penjelasan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2019.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang merupakanMufti Wilayah Persekututuan pada waktu itu cenderung mengatakan bahawa hukum permainan mesin claw ini adalah haram dan dilarang.

Malah perkara sama turut ditegaskan Mufi Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) pada 2021.

Baca artikel berkaitan : “Ia Termasuk Perjudian”- Mufti Perlis Perjelas Hukum Bermain Mesin Claw

Tambah Asrorun lagi, selain mesin claw, terdapat beberapa lagi permainan lain yang turut dikategorikan haram antaranya Mesin Redemption.

“Permainan yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan faedah atau hadiah, termasuk cara kaedahnya seperti mencuba nasib adalah haram.

“Permainan ini sudah pun dianggap mengandungi unsur judi dan selain itu permainan dikategorikan haram adalah Medal Game, Pusher Machine, dan Mesin Redemption,” katanya lagi.

Semoga dengan penjelasan yang diberikan ini dapat membuka minda dan menjarakkan diri kita semua dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.