
“Letih Nak Hadap”- Peniaga Kecewa, Nasi Lemak RM5 Penuh Dengan Daging Dikatakan Mahal [Video]
Jelas peniaga nasi lemak daging itu, dia mahu pelanggan berpuas hati apabila memakan nasi lemak RM5 dengan kuantiti yang banyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Nasi lemak merupakan salah satu makanan yang sering menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia, terutama bagi sarapan pagi.
Ini kerana nasi lemak yang mempunyai nutrisi yang lengkap mampu membuatkan si penggemar bertahan hingga menjelang waktu makan tengah hari.
Malah kini terdapat ramai peniaga yang sudah mula mempelbagaikan makanan ini dengan menyediakan beberapa lauk seperti ayam, daging, dan macam-macam lagi. Namun, sudah pasti harganya sedikit berbeza dan mengikut jenis lauk yang diambil oleh pelanggan tersebut.
Peniaga nasi lemak luah rasa kecewa makanan dijual dikatakan mahal
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @toklee_granpader yang meluahkan rasa kecewa apabila mendapat respon pelanggan menyatakan nasi lemak dijualnya mahal.
Menerusi video tersebut peniaga yang dikenali sebagai Atok itu telah tampil membuat perbandingan antara nasi lemak daging berharga RM3 yang mungkin dijual di kedai lain serta nasi lemak daging RM5 yang dijualnya.
@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok
♬ original sound – toklee_granpader – toklee_granpader
RM3 kuantiti daging sikit
Jelasnya, meskipun nasi lemak tersebut mengandungi bahan dan lauk yang sama namun terdapat perbezaan dari segi kuantitinya di mana bagi RM3 daging yang diletakkan lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan RM5.
Dia turut menyatakan lauk yang diletaknya dalam nasi lemak RM5 itu akan membuatkan pelanggan lebih puas untuk menikmatinya serta boleh bertahan kenyang sehingga waktu tengah hari.
Nak pelanggan puas hati makan nasi lemak
“Atok boleh je nak jual yang macam ni (tunjuk nasi lemak RM3) tapi tak Atok tak nak, nak jual macam ni (tunjuk nasi lemak RM5).
“Daging banyak RM5, hampa (awak) puas tak makan macam ni? Puaskan? Walaupun nasi lemak tapi hampa boleh kenyang sampai tengah hari,” luah Atok itu.
Katanya lagi, sesiapa sahaja boleh menyatakan RM5 yang dijualnya itu mahal tetapi meminta individu tu beritahu kepada orang ramai daging yang diletakkan dalam nasi lemak tersebut mempunyai kuantiti yang banyak.
Melihat di ruangan komen, walaupun ada pelanggan yang menyatakan ia mahal namun peniaga nasi lemak ini tetap mendapat sokongan dari orang ramai yang menyatakan ia murah dan berpatutan dengan kuantiti yang diberikan.
‘RM5 tu murah gila. Tempat saya banyak tu RM7- RM8..’

‘Bang kedai dekat mana? Nak support. Nampak macam sedap’

‘RM5 murah tu bang, syukur sangat kalau dapat yang macam ni’
