fbpx
Now Reading
Isu Kes Ganggguan Seksual, UiTM Tamatkan Khidmat Pensyarah Serta-Merta

Isu Kes Ganggguan Seksual, UiTM Tamatkan Khidmat Pensyarah Serta-Merta

Berdasarkan Akta 605 dan Peraturan UiTM, mana-mana kakitangan yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM) semalam, 29 September menamatkan perkhidmatan seorang pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah, berkuatkuasa serta-merta.

Menurut laporan Bernama, UiTM mengambil serius dakwaan gangguan seksual oleh pensyarah itu.

Universiti tersebut menerusi satu kenyataan berkata, mereka sudah pun melakukan siasatan mengikut garis panduan serta proses perundangan yang termaktub dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Berdasarkan Akta 605 dan Peraturan UiTM, mana-mana kakitangan yang melanggar peraturan, tatakelakuan serta larangan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Baca artikel berkaitan : Bekas Penuntut Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Di Sebuah Universiti Tempatan

Siasatan sudah bermula tahun lalu

Tambah universiti itu lagi, Unit Integriti UiTM telah menjalankan siasatan yang teliti bermula pada tahun lepas terhadap segala bahan bukti yang telah dikumpulkan sebelum sebarang kesalahan dapat dibuktikan dan jenis hukuman dapat ditentukan.

“Setelah prosedur soal siasat dan siasatan dalaman selesai, serta dimesyuaratkan di Jawatakuasa Tatatertib Peringkat Tertinggi, pihak UiTM telah mengambil tindakan menamatkan perkhidmatan berkuatkuasa serta merta terhadap pensyarah terbabit yang didakwa melakukan gangguan seksual pada bekas siswazah tersebut,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor menerusi kenyataan sama memaklumkan warga universiti sentiasa diberi peringatan secara berkala perihal Akta 605.

“Sekiranya ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah, pihak universiti tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan keras sekiranya disabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu UiTM pada 16 Jun memaklumkan jawatankuasa siasatan dalaman sudah diarah meneliti segala dakwaan berhubungu gangguak seksual berkenaan.

Mereka menegaskan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan yang mengambil kesempatan atau menyalah guna kuasa mereka.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.