fbpx
Now Reading
Manusia Tak Bahagia Lebih Berisiko Mati Awal – Kajian
tak happy boleh pendekkan umur

Manusia Tak Bahagia Lebih Berisiko Mati Awal – Kajian

Keadaan mental yang lemah seperti rasa sunyi, putus asa dan tidak tidur dengan lena mempunyai risiko untuk memendekkan jangka jayat seseorang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebahagian merupakan satu elemen yang sangat penting bagi seseorang untuk meneruskan kehidupan.

Meskipun makna bagi sesebuah kebahagiaan adalah sesuatu yang subjektif kerana setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencari kebahagian mereka tersendiri, pastikan ianya tidak menjadikan anda merana.

Tak bahagia boleh kurangkan jangka hayat seseorang

Ini kerana kehidupan yang tidak bahagia bukan sahaja membuatkan seseorang itu menjadi murung malah terdapat kajian yang menyatakan ia boleh memendekkan umur seseorang manusia.

Lebih mengejutkan ianya jauh lebih berisiko dari individu yang merokok.

Menurut laporan Metro UK, kajian tersebut telah dilakukan terhadap 12,000 orang dewasa di China.

Seseorang yang mempunyai mental yang lemah sebagai contoh rasa kesunyian, berputus asa dan tidak mendapatkan tidur yang nyenyak berdepan dengan risiko untuk hilang satu tahun setengah dari umur purata manusia.

Kesihatan mental penting

Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan saintis berkenaan, ia menunjukkan kesihatan mental adalah sama penting seperti kesihatan fizikal.

“Kadar penuaan tinggi dikesan dalam kalangan orang yang mempunyai sejarah strok, penyakit hati dan paru-paru, perokok serta berada dalam keadaan mental yang lemah.

“Bagaimanapun, perasaan putus asa, tidak gembira dan kesunyian boleh mengurangkan purata jangka hayat seseorang lebih banyak daripada merokok,” kata Dr Fedor Galkin, penulis utama kajian tersebut.

Tabiat merokok juga boleh memendekkan umur seseorang dengan anggaran sebanyak 1.25 (15 bulan) tahun manakala bagi yang tidak bahagia pula adalah 1.65 tahun (20 bulan).

Individu bujang dan tinggal luar bandar turut berdepan jangka hayat pendek

Kumpulan penyelidikan itu turut mengaitkan dengan pembolehubah psikososial lain, contohnya individu bujang atau tinggal di kawasan luar bandar, kepada jangka hayat yang lebih pendek namun kesannya jauh lebih kecil.

“Keadaan mental dan psikososial adalah beberapa peramal yang kuat bagi kesihatan dan kualiti hidup.

“Namun sebahagian besarnya telah diabaikan daripada penjagaan kesihatan moden,” kata Manuel Faria iaitu penulis bersama dan ahli sains saraf di Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat.

Dr Galkin turut berpendapat, komponen psikologi juga tidak boleh diabaikan dalam kajian penuaan kerana kesannya signifikan kepada usia biologi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.