fbpx
Now Reading
“Pelbagai Fitnah Tak Berhenti..” – Ebit Lew Yakin Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Dedah Kebenaran

“Pelbagai Fitnah Tak Berhenti..” – Ebit Lew Yakin Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Dedah Kebenaran

Ebit Lew bagaimanapun mengakui agak sedih kerana perlu berdepan dengan perkara seperti itu dan berharap dapat mengakhirinya segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Aktivis dan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) menyifatkan bahawa mahkamah adalah tempat terbaik dalam mendedahkan kebenaran berhubung kes gangguan seksual yang mengaitkan dirinya.

Beliau yang ditemui media selepas berakhir sesi perbicaraan kes gangguan seksualnya di Mahkamah Tenom, Sabah berkata sudah lama beliau menunggu pembicaraan ini diadakan.

Ini kerana tiada sebarang percakapan kosong yang dibenarkan di mahkamah sebaliknya semua perlu disertakan dengan bukti kukuh.

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari (perbicaraan) mahkamah ini.

“Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan, saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari.

“Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran yang sebenarnya. Mahkamah lah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti, apa sahaja perkara pasti akan ditolak,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Beliau bagaimanapun mengakui agak sedih kerana perlu berdepan dengan perkara seperti itu dan berharap dapat mengakhirinya segera.

“Peguam saya turut cuba meminta tarikh lebih awal seperti awal November tetapi pendakwa raya tidak dapat tarikh itu. Oleh itu, kami bersetuju meneruskan perbicaraan ini pada Disember,” katanya.

Terdahulu, Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan prosiding hari keempat ditangguhkan. Ia akan disambung semula pada 20 hingga 22 Disember depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.