fbpx
Now Reading
Nights Of Fright 8 Kembali Lepas 2 Tahun, Rasai & Uji ‘Level’ Ketakutan Anda Di Sunway Lagoon [Video]
Night of fright 8

Nights Of Fright 8 Kembali Lepas 2 Tahun, Rasai & Uji ‘Level’ Ketakutan Anda Di Sunway Lagoon [Video]

Nights Of Fright 8 di Sunway Lagoon kembali lagi selepas 2 tahun bermula pada 30 September sehingga hujung Oktober, setiap hari Jumaat-Ahad.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah dua tahun berehat, akhirnya Nights Of Fright 8 (NOF8) kembali lagi menghantui anda dengan rumah hantu dan persembahan yang lebih menakutkan.

Nights Of Fright kali ke-8 yang dibawa oleh Sunway Lagoon bersama The Sudden Impact Entertaiment pada tahun ini membawa tema Serigala Jadian dengan 8 rumah hantu, 1 teater seram, 2 scare zones, 11 thrill rides, dan 3 persembahan stage menyeramkan yang bakal membuatkan anda tidak senang duduk.

Festival yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini sudah dirasmikan semalam (30 September) dan akan berlangsung sehingga 31 Oktober, pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Antara tarikan yang akan menghantui jiwa raga anda di NOF8:

#1 Lycan – The Werewolves of London

Di dalam rumah hantu ini anda bakal menyaksikan amukan serigala jadian yang kelaparan dan sedang mencari mangsanya untuk dijadikan sebagai hidangan.

#2 The Harvest

The Harvest adalah salah satu rumah hantu yang berada di kawasan terbuka dan memaparkan sebidang tanah yang terbiar kerana tidak diampuni sampai bila-bila.

Manusia yang tinggal mati manakala hasil tuaian terakhir mereka musnah dan hanya orang-orang sawah (scarecrow) yang terselamat.

#3 Hotel Deville

The Hotel Deville menyajikan kejahatan hidup di mana setiap yang mendaftar masuk tidak mungkin akan keluar. Malah pekerja hotel ini membenci setiap pelawat yang hadir jadi anda perlu berjaga-jaga mereka mungkin di belakang anda!

#4 Lucha Libre dalam UV3D

Viva Mexico! Rumah hantu ini anda bakal menyaksikan perlawanan gusti di bawah tanah dan paling berprestij.

Selain akan cuba menghampiri dan menakutkan anda, anda juga dapat melihat Rey Mysterio Jr, El Santo dan Dr Wagner yang akan membuat penampilan sulung mereka.

#5 Sharknado / Darknado

Jerung merupakan salah satu haiwan yang menyeramkan, bukan hanya bakal diserang anda juga terpaksa berjalan dalam keadaan yang gelap, di mana hanya lampu kecemasan yang akan dibuka dan ia mungkin patut dipanggil ‘Darknado’.

Hati-hati anda mungkin menjadi perhatian haiwan ini yang menanti mangsanya.

#6 Zombie Hunters

Di sini anda bakal melihat aksi Zombie yang berkeliaran dan sedang dahagakan darah manusia.

Namun, Zombie SWAT cuba untuk menahan mereka daripada mengejar anda. Oleh itu, anda perlu menyelamatkan diri sebelum menjadi santapan mereka.

#7 99 Door @ Scarytales Theater

Terletak di ’99 doors Mansion’ yang terkenal iaitu tempat pembunuhan John Saint Maur Ramsden yang masih belum dapat diselesaikan di sebuah kawasan di Estet Byram miliknya di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1948.

Lawatan ke rumah agam misteri ini adalah untuk merasai sendiri roh-roh hantu di kediaman tersebut. Namun selepas seminggu ia kemudian terbakar sehingga menyebabkan 99 pintu tersebut musnah dan rumah itu seperti hidup kembali dan dirasuk oleh hantu-hantu yang menyeramkan.

#8 Horrorwood Studios

Ramai pasti gembira jika melawat ke muzium lilin. Namun di sini, lilin yang mencair disebabkan suhu yang panas membuatkan banyak hantu seperti Billy, Pennywise, Ghost Face, Freddy dan banyak lagi mula bertukar dan mengganas di kawasan kejiranan.

#9 Blood.SHED.2

Menyeramkan, lebih berdarah dari yang sebelumnya! Anda pasti tidak keruan tatkala perlu berjalan dalam keadaan yang penuh dengan darah manusia yang menjadi mangsa kekejaman si penjahat.

Malah anda mungkin menjadi salah satu mangsa si pemotong daging!

Banyak lagi tarikan yang menyeramkan!

Bukan itu sahaja, selain terikan rumah hantu ini anda juga dapat menyaksikan pelbagai persembahan yang menggerunkan seperti Circus FreakShow, Dendam, Reunited dan juga Tuer Pour Vivre.

Apa yang pasti pengalaman yang menakutkan ini tidak akan membuatkan anda menyesal!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.