
“Jijiknya” – Meludah Atas Pentas Sewaktu Konsert, Tindakan Noh Salleh Dikritik Ramai [Video]
Insiden itu difahamkan berlaku sewaktu konsert Hausboom Music 2022 pada Sabtu lalu (1 Oktober) di MAEPS, Serdang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini tular satu rakaman video penyanyi indie terkenal, Noh Salleh sewaktu mengadakan persembahan Konsert Hausboom Music 2022 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor pada Sabtu lalu (1 Oktober).
Noh ludah daripada atas pentas ketika perform
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @myraibrahim_, Noh dilihat meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di hadapan ribuan penonton.
:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Meskipun perbuatan itu dilihat menjijikan, penyanyi berusia 37 tahun itu seolah-olah tidak berperasaan melakukannya tanpa rasa bersalah.
Campak microphone stand
Selain itu, penonton juga mendakwa penyanyi terbabit turut bertindak melemparkan ‘microphone stand’.
“Ada tengok stories Instagram sahabat yang pergi hausboom, Bang Haji MatKari ludah crowd (orang ramai) dan campak ‘mic stand’,” tulisnya di Twitter.
Ada tengok stories instagram sobat yang pegi hausboom
— 𝐇𝐚𝐢𝐫𝐢𝐏𝐮𝐭𝐞𝐡 (@_norzahir) October 2, 2022
Bang haji MatKari ludah crowd
Campak mic stand
Betui roksetar ekk
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang dilakukan vokalis kumpulan Hujan itu.
Susulan kecaman yang dilemparkan orang ramai, nama aktivis kemanusiaan dan bekas isteri penyanyi terbabit, Mizz Nina turut terpalit dalam isu tersebut.



Terdahulu, Noh Salleh tular di media sosial apabila aksi ‘catwalk’ yang dilakukannya di pentas KLFW 2022 sambil membawa sebatang rokok menjadi bualan hangat orang ramai sehingga mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelas DG Hisham, perbuatan itu menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap masyarakat sekeliling khususnya kepada kanak-kanak serta remaja.
Baca artikel berkaitan: