fbpx
Now Reading
Dakwa Isteri Senang Bersalin Kerana Kemaafan Suami, Lelaki Bagi Petua Terima Kritikan Ramai

Dakwa Isteri Senang Bersalin Kerana Kemaafan Suami, Lelaki Bagi Petua Terima Kritikan Ramai

Menurut segelintir netizen, kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut seolah-olah para isteri hanya perlu bergantung daripada maaf suami sahaja dan bukannya diri sendiri agar dapat bersalin dengan mudah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang suami memberi petua kepada orang ramai bahawa proses bersalin isterinya menjadi mudah kerana dia memaafkan segala dosa isterinya terlebih dahulu sebelum wanita tersebut bersalin.

Petua tersebut diberikan olehnya di ruangan komen salah satu hantaran di Facebook Dr Imelda Balchin, yang banyak berkongsi tips dan masalah kesihatan wanita mengandung.

Petua seakan merendahkan kebolehan dan kekuatan para ibu

Namun, lelaki terbabit menerima kecaman ramai kerana kenyataan yang diberikan oleh dirinya itu seakan merendahkan kebolehan dan kekuatan para ibu dalam mengharungi sakitnya ketika ingin melahirkan anak.

Petua maafkan semua kesalahan isteri pada suami

“Petua Kami, saya maafkan semua kesalahan dia pada saya. Anak pertama, belum kali kedua teran, keluar. Anak kedua, dalam kereta dah keluar. Anak ketiga, atas katil belum sampai labour room.

“Anak keempat, bedah sebab songsang tapi mula lepas Maghrib dan selesai waktu Isyak,” tulis lelaki itu.

Gambart sekadar hiasan

kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki tersebut seolah-olah para isteri hanya perlu bergantung daripada maaf suami sahaja dan bukannya diri sendiri agar dapat bersalin dengan mudah.

Mendapat perhatian Dr Imelda, ramai ibu disakiti dan difitnah

Perkongsian yang diberikan bapa empat orang anak itu turut mendapat perhatian Dr Imelda sendiri dengan mengatakan petua tersebut seakan merendah-rendahkan kebolehan para ibu untuk bersalin.

“Petua awak merendahkan kebolehan dan keyakinan ibu-ibu nak bersalin. Sebab kena bergantung kepada suami maafkan isteri dulu.

“Sebab awak lah ramai ibu disakiti dan difitnah dikatakan dia susah nak bersalin sebab banyak sangat kesalahan kepada suami,” balas Dr Imelda.

Tambah Dr Imelda, sebagai seorang suami yang baik, tidak seharusnya kenyataan sebegini diberikan kerana setiap manusia pasti pernah melakukan dosa dan kesalahan termasuk para suami.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan kenyataan serta petua yang diberikan oleh lelaki tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.