Dapat Pujian Ramai, Suara Mirip TMJ ‘Sound’ Page Facebook Kerana Hina Kes Rusuhan Di Stadium Kanjurahan [Video]
Menerusi kemas kini baharu, laman berkenaan sudah pun memohon maaf dan memadamkan status berbaur hinaan yang dikeluarkan mereka sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketika ahli keluarga mangsa korban rusuhan Stadium Kanjurahan masih berduka dengan tragedi malang tersebut, seharusnya negara-negara lain memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat agar mereka cekal dalam menghadapi ujian ini.
Namun terdapat juga berita yang kurang senang didengari apabila sebuah page Facebook (FB) dipercayai dari selatan tanah air telah memuat naik hantaran yang berbaur hinaan terhadap kejadian rusuhan di stadium itu.
Hal ini sudah pasti akan memburukkan nama Malaysia dan negeri terlibat kerana tidak menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa yang terkorban.
Dakwa Tunku Mahkota Johor bersuara
Susulan itu, tular di aplikasi TikTok, satu perbualan seorang lelaki bersama ‘seseorang’ yang suaranya didakwa mirip Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail yang tampil bersuara mengenai isu tersebut.
Menerusi hantaran video tersebut, invididu berkenaan yang didakwa baginda telah memberikan teguran keras kepada pengendali laman berkenaan.
“Siapa budak-budak baru nak naik ni busukkan nama negeri Johor? Korang ni semua makin lama bukannya makin muda, makin tua. Baik cari rezeki untuk keluarga masing-masing.
“Jangan terikut-ikut budaya negeri lain, tunjuklah bertamadun. Aku tak suka bila budak-budak buat taik, nama busuk pergi kat negeri Johor,” ujar baginda.
Page FB tak jaga perasan ahli keluarga mangsa korban
Difahamkan, page FB itu elah memuat naik hantaran yang terlihat jelas tidak menjaga perasaan ahli keluarga mangsa dan negara tersebut yang sedang bersedih dengan tragedi yang berlaku.
“Sendiri cari masalah, sendiri yang hilang nyawa” tulis page tersebut di ruangan kapsyen.
Page FB tampil mohon maaf
Menerusi kemas kini baharu, laman berkenaan sudah pun memohon maaf dan memadamkan status berbaur hinaan yang dikeluarkan mereka sebelum ini.
“Kami ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas tindakan kami kerana tidak menjaga sensitiviti terhadap emosi keluarga mangsa-mangsa yang terkoban dalam kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan tempoh hari,” tulisnya.
“Respect Daulat Tuanku” – Netizen
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dilakukan oleh individu dipercayai Tunku Ismail kerana menegur segelintir page FB yang kerap menimbulkan isu hinaan pada negara atau negeri lain.
Malah pujian diberikan bukan sahaja dari rakyat Johor malah dari beberapa negeri lain termasuk Selangor, Kelantan dan lain-lain.