Lakukan Simulasi Situasi Culik Pada Kanak-Kanak, Tadika Di Vietnam Undang Perhatian Orang Ramai [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan anak-anak kecil itu mengambil pengajaran selepas salah seorang rakannya dibawa pergi apabila menerima snek makanan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak kebelakangan ini, kes culik di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai.
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita bimbang dengan keselamatan mereka, meskipun berulang kali berpesan kepada anak-anak namun tidak semua memahaminya.
Adakalanya, simulasi atau latihan praktikal seperti menunjukkan keadaan sebenar dapat membantu mereka untuk memahami situasi tersebut dengan lebih baik lagi.
Tunjuk situasi culik sebenar pada kanak-kanak
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @nshyafira yang difahamkan diambil dari sebuah akaun Facebook Derek Bedtime di Vietnam menunjukkan bagaimana mereka mendidik kanak-kanak kecil tentang situasi semasa cubaan menculik.
Menerusi video tersebut, kelihatan anak-anak kecil itu dikumpulkan di dalam satu bulatan dan kemudian secara tiba-tiba datang seorang dewasa yang berpakaian serba biru sambil membawa beg plastik hitam lalu memberikan snek kepada salah seorang rakan mereka.
Peluk dan bawa lari
Sebaik sahaja kanak-kanak itu mengambilnya, individu tersebut dengan segera memeluknya dan membawa si kecil keluar dari pintu premis tersebut.
Mereka yang terkejut dengan perkara itu lalu tidak mahu mengambil sebarang makanan yang diberikan oleh individu tersebut apabila ia datang menghampirinya.
Kanak-kanak menangis takut diculik
Malah, turut kelihatan beberapa orang pelajar yang menangis ketakutan kerana bimbang jika diri mereka menjadi mangsa culik yang seterusnya.
Dalam video tersebut, turut dapat dilihat kanak-kanak terakhir sedaya upaya cuba menahan dirinya apabila cuba ditarik oleh penculik tersebut.
Bagus jika dilakukan kepada kanak-kanak di Malaysia
Video itu bagaimanapun, telah menarik perhatian ramai masyarakat di Malaysia yang menyatakan simulasi seperti itu adalah bagus kerana kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih jelas dan mengetahui situasi sebenar bagi cubaan menculik.