fbpx
Now Reading
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, Signature Market Anjur Sesi Lelongan Lukisan Ekslusif & Acara Amal

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, Signature Market Anjur Sesi Lelongan Lukisan Ekslusif & Acara Amal

Selain itu, Cancer Research Malaysia akan turut mengadakan sesi perkongsian singkat untuk mendidik wanita dalam mengenali tanda-tanda awal kanser payudara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bersempena dengan Pink Oktober, iaitu sambutan bulan Kesedaran Kanser Payudara, Signature Market akan menganjurkan satu bengkel amal pada Rabu, 5 Oktober 2022, dari jam 12 tengahari hingga 3 petang di kafe mereka, See Café, Arcoris Mont Kiara.

Bengkel tersebut akan turut disertai beberapa selebriti dan personaliti terkenal yang akan mengambil bahagian dalam sesi melukis.

Signature Market kemudiannya akan menganjurkan sesi lelongan lukisan berkenaan secara dalam talian dan hasilnya akan disalurkan kepada organisasi yang dipilih.

Antara selebriti yang akan menghadiri acara ini termasuk pelakon dan pengajar yoga, Atilia Haron, pengasas La Juiceria, Anabelle Co-Martinent, model dan penyanyi, Azzura Daud, pemain badminton negara, Goh Liu Ying dan ramai lagi.

“Di Signature Market, kami mengakui betapa pentingnya peranan petugas barisan hadapan perubatan. Oleh sebab itu, kami ingin memberi penghormatan kepada mereka yang komited menjalankan penyelidikan hari demi hari untuk melawan kanser. Jalinan kerjasama dengan Cancer Research Malaysia amat bermakna bagi kami kerana kami mahu menyokong tunjang kesedaran kanser payudara seterusnya melawan penyakit ini,” kata Pengasas Bersama Signature Market, Edwin Wang.

Menurut Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia, Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Signature Market dalam program kesedaran kanser payudara pada tahun ini.

“Seperti Signature Market, kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan selesa, dan kebahagiaan itu bermula daripada kesihatan baik dari segi fizikal, mental dan rohani. Dengan melabur dalam penyelidikan untuk mengurangkan risiko kanser di Asia dan mempertingkatkan rawatan penyakit kanser, kami sebenarnya sedang berusaha untuk masa depan dengan matlamat lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kesihatan yang lebih baik. Usaha kami hanya boleh melalui sumbangan, jadi kami amat berterima kasih atas dana yang diperoleh melalui kempen Signature Market.”

Ketua Pegawai Saintifik Cancer Research Malaysia, Profesor Datin Paduka Dr Teo Soo Hwang

Bukan itu sahaja, Signature Market akan turut menganjurkan acara Amal Kesedaran Kanser Payudara ‘Together In Pink’ pada 7 dan 8 Oktober 2022 (Jumaat dan Sabtu) ini dari jam 10 pagi hingga 2 petang juga di See Café, Arcoris Mont Kiara.

Tambah mereka, bagu memeriahkan lagi acara ini, tetamu diminta hadir dengan pakaian bertemakan warna merah jambu.

Pada acara itu, tetamu boleh menikmati mocktail eksklusif ‘Pretty In Pink’ dari jam 10 pagi hingga 2 petang dan mengambil bahagian dalam peraduan ‘Draw Your Tatas’, bertujuan untuk membantu individu memahami dan membiasakan diri dengan tubuh mereka. Peraduan akan bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang dan para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Selain itu, Cancer Research Malaysia akan turut mengadakan sesi perkongsian singkat untuk mendidik wanita dalam mengenali tanda-tanda awal kanser payudara.

Terdapat juga pameran lukisan untuk tujuan amal di acara itu di mana tetamu boleh melihat lukisan-lukisan menarik bersama pelukisnya dan menyertai lelongan amal dalam talian.

Sempena sambutan itu, Signature Market akan melancarkan kotak hadiah eksklusif selari dengan tema ‘Together In Pink’. Kotak yang dijual pada harga RM39.90 itu mengandungi barangan termasuk krim tangan, makanan ringan seperti popcorn, kranberi dan biskut mentega, serta set pen pewarna.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila ikuti Signature Market di laman web, Instagram, Facebook, dan YouTube.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.