Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai satu video memperlihatkan penyanyi indie terkenal, Noh Salleh yang ‘meludah’ di atas pentas semasa Konsert Hausboom Music 2022 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Susulan video tular berkenaan, ramai orang melemparkan kritikan yang dahsyat terhadap penyanyi berusia 37 tahun itu.
Tidak berdiam diri, pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin terpanggil untuk menjelaskan isu yang sebenar bagi menjernihkan keadaan.
Renjatan elektrik punca Noh meludah di atas pentas
Menurut Ariffin, ketika melakukan persembahan, wajah Noh terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang dipegangnya hingga menyebabkan rasa kebas di mulut.
Hal ini menyebabkan penyanyi tersebut secara spontan meludah bagi menghilangkan rasa sakit di bahagian mulutnya.
Tidak lama kemudiannya, viral sebuah lagi video semasa kejadian namun dari sisi berbeza iaitu dari sudut bahagian hadapan pentas.
Tiada yang jadi mangsa ‘ludah’ Noh
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @watashiwanaqq, jelas kelihatan tiada sesiapa pun yang terkena air ludahannya.
Ia sekaligus menafikan dakwaan liar yang kononnya Noh meludah ke arah crowd hingga terkena kepada seorang penonton wanita dan pengawal bertugas.
Pada video sama, kelihatan juga ruang kosong di bahagian hadapan pentas yang hanya di isi oleh krew yang bertugas pada hari kejadian.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut meluahkan rasa terkejut setelah mengetahui situasi sebenar
Pada masa yang sama, ramai yang mula memberikan sokongan pada Noh dan merasakan dia sudah menjadi mangsa fitnah.
“Angle tu penting” – Netizen
Hal ini sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada orang ramai mengenai kepentingan mengetahui sudut rakaman di mana mampu membawa kepada fitnah.