fbpx
Now Reading
“Tak Sanggup Kongsi Dosa” – Tailor Tak Terima ‘Alter’ Seluar Ketat Perempuan Terima Pujian Ramai [Video]

“Tak Sanggup Kongsi Dosa” – Tailor Tak Terima ‘Alter’ Seluar Ketat Perempuan Terima Pujian Ramai [Video]

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, kedai jahit tersebut dipercayai terletak di Kuala Nerang, Kedah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman serba canggih ini, membeli pakaian seperti seluar dan baju sudah tidak susah lagi kerana semuanya berada di hujung jari di mana pelanggan dapat membelinya secara atas talian (online).

Namun terkadang pakaian yang dibeli secara online mempunyai size yang berbeza menyebabkan ramai yang terpaksa ‘alter’ supaya ia sesuai dipakai.

Tukang jahit tak terima tempahan kecilkan seluar

Bagaimanapun terdapat seorang tukang jahit yang tular kerana tidak mengambil tempahan bagi wanita yang ingin mengecilkan seluar.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @cikpika_pika_ii, wanita tersebut merakam notis yang ditampal pada bahagian pintu hadapan kedai jahit tersebut.

Tukang jahit tak sanggup berkongsi dosa

“Di sini tak terima ‘alter’ seluar ketat perempuan tak sanggup berkongsi dosa,” tulis tukang jahit itu sebagai memo kepada pelanggannya.

Difahamkan tindakan itu diambil kerana tukang jahit berkenaan tidak sanggup berkongsi dosa dengan wanita-wanita yang memakai seluar ketat hasil jahitannya.

Menerusi video sama, dapat dilihat terdapat satu kain rentang atau banner yang tertulis perkataan, “Permintaan alter yang kurang sesuai dan melanggar syarak akan ditolak”.

Terima pujian ramai dan kedai terletak di Kuala Nerang, Kedah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan tukang jahit berkenaan serta menganggap kedai tersebut seharusnya diberikan sokongan.

Selain itu, hasil tinjauan di ruangan komen juga mendapati kedai jahit tersebut terletak di Kuala Nerang, Kedah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.