fbpx
Now Reading
Berang Kena Hon Dekat Tol, Pemandu Mercedes Jadi Road Bully, Main Brek [Video]
pembuli jalan raya

Berang Kena Hon Dekat Tol, Pemandu Mercedes Jadi Road Bully, Main Brek [Video]

Kelihatan pemandu Mercedes tersebut memainkan brek dan menghalang kenderaan di bahagian belakang untuk memotongnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembuli di jalan raya bukanlah sesuatu yang asing lagi, tidak tahu apakah motif mereka tetapi tindakan individu seperti ini sangat berbahaya kepada pengguna yang lain.

Ini kerana, tindakan mereka yang menjadi pembuli di jalan raya ini boleh menyebabkan berlakunya kemalangan selain mencetuskan pergaduhan yang tidak diingini.

Jadi pembuli jalan raya lepas tak puas hati kena hon

Baru-baru ini, tular satu video rakaman dashcam yang dikongsikan oleh seorang wanita di grup Facebook DashCam Owners Malaysia yang menunjukkan aksi seorang pemandu yang menjadi pembuli di sebuah lebuh raya hanya kerana tidak puas hati dihon oleh kenderaan lain.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kereta jenama Mercedes berwarna biru telah masuk ke lorong tol SmartTAG namun tidak memiliki alat pengesan tersebut.

Guna kad TnGO dekat laluan SmartTAG

Dia kemudian telah memberhentikan kenderaannya dan melayangkan kad Touch n’ Go (TnGo) miliknya pada sebuah alat sebelum palang itu dibuka.

Tindakannya itu bagaimanapun telah mengundang rasa kurang senang kederaan di belakang yang menyifatkan lelaki itu sepatutnya masuk ke laluan TnGo dan bukan SmartTAG.

“Masuk lorong SmartTAG tapi terus berhenti untuk TnGo.. malas beratur punya pasal,” kata individu tersebut.

Tegur kenderaan Mercedes dengan hon

Dia kemudian bertindak untuk membunyikan hon sebagai tanda untuk menegur pemandu tersebut.

Sebaik sahaja kedua-dua kenderaan tersebut melepasi palang di tol tersebut, kelihatan pemandu Mercedes itu memainkan brek di hadapan keretanya beberapa kali.

Bukan itu sahaja, kenderaan Mercedes itu turut bertindak berhenti di tengah-tengah jalan dan tidak membenarkan pemandu berkenaan memotongnya meskipun sudah dihon beberapa kali.

“Brek lagi, akhirnya berhenti terus… sama juga laluan kanan kereta dekat belakang pun banyak,” katanya lagi.

Pemandu halang kereta tersebut seperti hendak bergaduh

Apabila kereta di belakang berjaya memotong kenderaannya, pemandu Mercedes itu segera mengejar dan menghalangnya selain berhenti seolah-olah ingin keluar dari kereta dan bergaduh apabila dilihat membuka pintu kereta.

Selepas dia dimarahi oleh kenderaan belakang, pemandu itu sekali lagi masuk ke laluan SmartTAG dan melakukan hal yang sama.

“Sama juga, masuk lorong smartTAG tapi touch.. malas nak beratur. Dah tahu malas nak beratur beli lah smartTAG oiii… kerja nak menyusahkan orang,” jelas individu itu lagi.

Ramai minta pemandu buat laporan polis berkenaan tindak kenderaan Mercedes itu

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dengan pemandu Mercedes tersebut dan meminta agar si perakam untuk membuat laporan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung hal tersebut.

“Awak ada video, awak boleh buat laporan polis. Beri dia pengajaran”

“Buat laporan polis…”

“Hantar video ke JPJ atau polis untuk tindakan lanjut”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.