fbpx
Now Reading
Fikry Ibrahim Sanggup Beli Kereta Baru Pacuan Empat Roda Demi Misi Bantuan Bencana Banjir

Fikry Ibrahim Sanggup Beli Kereta Baru Pacuan Empat Roda Demi Misi Bantuan Bencana Banjir

Tambah Fikry, dengan adanya kenderaan tersebut, dia mampu sampai ke kawasan banjir dengan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara terkilan tidak dapat meneruskan misi bantuan banjir pada tahun lalu kerana tiada pengangkutan yang sesuai, pelakon, Fikry Ibrahim sanggup membeli kenderaan pacuan empat roda baharu bagi membantu mangsa bencana banjir yang akan mendatang.

Menurut laporan Berita Harian, Fikry berkata dia berhasrat ingin membantu lebih ramai mangsa yang terjejas dalam bencana banjir tahun ini.

Tidak tangguh lagi beli kereta pacuan empat roda, demi misi bantuan banjir

Oleh yang demikian, dia mengambil keputusan untuk tidak menangguhkan lagi hasrat membeli sebuah pacuan empat roda.

“Sebelum ini, saya berhasrat membelinya untuk perniagaan, tetapi sering tertangguh. Namun, sebelum musibah banjir berlaku saya tidak mahu menangguhkannya lagi,” katanya.

Tambah Fikry, dengan adanya kenderaan tersebut, dia mampu sampai ke kawasan banjir dengan segera.

Tiada kenderaan bersesuaian punca misi bantuan banjir tahun lepas terbatas

Fikry pada masa yang sama turut berkongsi kisah mengenai tahun lalu di mana hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir agak terbatas kerana tidak mempunyai kereta pacuan empat roda.

“Jadi, saya tidak berfikir panjang, sebaliknya segera membeli kenderaan pacuan empat roda, minggu lalu,” katanya lagi.

Perkongsian di media sosial bertujuan menarik lebih ramai orang untuk hulurkan bantuan

Perkongsian yang dimuat naiknya di media sosial mengenai misi beliau bertujuan agar lebih ramai turut serta menghulurkan bantuan dari segi tenaga mahupun wang ringgit bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

“Saya tidak menghebohkan kerja kebajikan ini kerana bimbang dituduh riak. Lagipun, apa yang saya dan rakan usahakan tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain.

“Namun, saya terpanggil berkongsi dalam media sosial, baru-baru ini agar lebih ramai bersama menghulurkan tenaga atau wang ringgit bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana,” ujar Fikry.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.