fbpx
Now Reading
“Pahala Pun Mengalir”- Lelaki Buat Laluan Ke Longkang Elak Air Bertakung Di Jalan Raya Dipuji Ramai [Video]
lelaki buat longkang

“Pahala Pun Mengalir”- Lelaki Buat Laluan Ke Longkang Elak Air Bertakung Di Jalan Raya Dipuji Ramai [Video]

Melihat air yang bertakung semakin banyak, lelaki itu segera membina longkang kecil agar memudahkan air dari jalan raya itu mengalir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak semua wira memakai mantel, melakukan kebaikan merupakan satu pilihan buat setiap manusia.

Adakalanya, tanpa disedari keprihatinan dan usaha seseorang itu telah dapat membantu ramai orang lain.

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila tindakannya mengundang perhatian ramai.

Lelaki cangkul rumput untuk buat longkang tepi lebuh raya

Menerusi video yang dikongsikan oleh @juharmariankha di TikTok miliknya, kelihatan seorang lelaki memakai baju hujan sedang sibuk mencangkul rumput dan tanah di tepi sebuah lebuh raya sewaktu hujan lebat.

Dia kemudian membentuk kawasan tersebut seperti laluan longkang agar memudahkan air takungan di tepi jalan tersebut masuk ke bahagian longkang besar berdekatan.

Usahanya dilihat membuahkan hasil apabila air dari jalan tersebut mengalir dengan laju ke longkang itu sekaligus membuatkan bahu jalan berkenaan tidak lagi bertakung dan dinaiki air.

Air bertakung penuh sebelum longkang dibuat

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, @juharmariankha turut menunjukkan keadaan sebelum longkang itu dibuat, di mana pengguna jalan raya terpaksa mengelak daripada melalui lorong yang dinaiki air tersebut sehingga terpaksa menggunakan laluan lain.

Namun atas sikap keprihatinan seorang lelaki mulia ini, perkara tersebut telah dapat diselesaikan dan pengguna jalan raya dapat melalui laluan tersebut dengan baik.

Jika perkara itu tidak dilakukan, ia mungkin boleh mendatangkan bahaya antaranya menyebabkan kemalangan selain boleh menjadi punca jalan sesak.

Ramai puji sikap prihatin lelaki tersebut

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap lelaki tersebut. Tidak kurang juga mendoakan agar semua urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Terbaik. Memudahkan urusan orang pasti Allah SWT akan permudahkan urusan anda”

“Pahala pun mengalir”

“Baik hati abang ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.