fbpx
Now Reading
Siap Order 2 Ekor Kambing Golek, Pengantin Didakwa Tak Bayar Katering RM26K Walhal Dah 10 Bulan Kahwin

Siap Order 2 Ekor Kambing Golek, Pengantin Didakwa Tak Bayar Katering RM26K Walhal Dah 10 Bulan Kahwin

Sebaik selesai majlis, pihak katering menerima ‘pembayaran’ dari pasangan berkenaan dalam bentuk cek. Namun apa yang mengecewakan apabila bank memaklumkan cek yang diterimanya adalah cek tendang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita yang meluahkan kekecewaannya terhadap pasangan pengantin yang didakwa tidak membayar perkhidmatan katering walaupun sudah 10 bulan majlis tersebut selesai.

Dia yang dikenali sebagai Nabila yang juga pemilik katering berkenaan berkata, syarikatnya pada mulaya telahmeminta bayaran pendahuluan dari pasangan itu beberapa kali.

Tetapi pasangan berkenaan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian dan berjanji akan melangsaikan segala pembayaran selepas majlis itu selesai.

Menu yang ditempah bernilai RM26,000

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, menu yang dipilih oleh pasangan itu terdiri daripada dua ekor kambing golek, makanan untuk 1,850 tetamu, makan beradab pengantin, lima meja dome dan air minuman oren F&N untuk 1,000 botol yang kesemuanya menelan kos sebanyak RM26,000.

Sebaik selesai majlis, pihak katering menerima ‘pembayaran’ dari pasangan berkenaan dalam bentuk cek.

Menurut pihak bank, cek tersebut adalah ‘cek tendang’

Namun apa yang mengecewakan apabila bank memaklumkan cek yang diterimanya adalah cek tendang, justeru wang tidak dapat dikeluarkan/ditunaikan.

Foto: FB/Komuniti Kuantan

Selepas mengetahui mengenai cek tendang, pasangan terbabit meminta tempoh selama dua bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Tetapi sehingga hari ini, pasangan itu terus mendiamkan diri.

Terlalu lama menanti bayaran, terpaksa ditularkan

Mungkin kerana terlalu lama menanti, wanita ini akhirnya nekad menularkan kes tersebut di media sosial dipercayai sebagai satu cara untuk mendesak pasangan terbabit melunaskan segala hutang mereka.

“Kita ni bukan tak minta deposit, dah minta, sampai sehari majlis dah minta deposit. Tapi tak ada, sebab fikirkan kesian esok diorang tak ada makanan dan dah janji nak bayar full selepas majlis. Kita proceed saja.

“Sebelum ini pun kebanyakkan penduduk Kampung Selabak baik tau, tak pernah tak bayar katering. Dia ni saja entah sesat mana, tak pandai membayar,” kata wanita itu.

Pengantin ugut tidak membayar jika terus ditularkan

Pasangan pengantin itu juga mengugut untuk tidak mahu membayar sekiranya wanita itu terus menularkan mereka di media sosial.

“Minta tempoh dua bulan nak bayar selepas kantoi bagi cek tendang. Tapi dah nak masuk bulan 10, masih sendu ya. Siap ugut kalau viral, tak nak bayar. Eh kau pahal? Siapa hutang siapa?” kata wanita itu lagi.

Pasangan terbabit terima kecaman ramai

Perkongsian ini ternyata menarik perhatian netizen. Ramai yang mengecam pasangan berkenaan dan menyifatkan mereka seolah-olah tidak mengukur baju di badan sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.