
Video Layanan Double Standard Rakyat Malaysia Terhadap Pelancong Mat Salleh Vs Mat Nepal Cetus Perdebatan [Video]
Menerusi video tersebut jelas komen yang ditinggalkan rakyat Malaysia kepada lelaki dari Perancis itu begitu berbeza dengan komen yang ditulis di ruangan komen pemuda Nepal berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia cukup dikenali sebagai negara bermasyarakat majmuk yang kaya dengan budaya, adat resam serta bangsa yang pelbagai.
Selain itu Malaysia turut sinonim dengan keindahan destinasi pelancongan dan sikap peramah rakyatnya terhadap orang luar menyebabkan ramai jatuh hati dengan negara kita.
Namun ada yang mendakwa layanan tersebut bukanlah sama rata sebaliknya lebih bersikap double standard bergantung kepada warna kulit dan negara asal pelancong tersebut.
Terbaharu tular di Twitter satu perkongsian video oleh @BigIdeasMY yang membangkitkan perbezaan layanan rakyat Malaysia terhadap pengembara mat salleh dari negara barat dengan pengembara dari Asia Selatan iaitu Nepal.
“Rakyat Malaysia hanya baik dengan warga asing jika mereka berkulit putih”
Malaysians are nice to foreigners only if they're white.
— Big Ideas MY (@BigIdeasMY) October 2, 2022
Don't believe me? Watch this video. A white dude came to Malaysia and received tons of welcoming replies on TikTok. Meanwhile a Nepalese dude left his country to find a job here and most Malaysians made fun of him 🙃 pic.twitter.com/fAFh07OH5T
Menerusi video tersebut jelas dapat dilihat komen yang ditinggalkan rakyat Malaysia kepada Valentin Anger, seorang jurugambar dari Perancis begitu berbeza dengan komen yang ditulis di ruangan komen seorang TikTokers dari Nepal yang dikenali sebagai Ajay Devgan.
Difahamkan kedua-dua video tersebut berkisar mengenai perkongsian mereka yang akan terbang ke Malaysia.
@valentin_anger Leaving one to find another : Malaysia ✨ #malaysia #visitmalaysia #gapyear ♬ som original – 🥀
@shreeya_back007 #foreyoupage_trending #shreeya_back007 #tiktok #viral #video ♬ original sound – 🔥Abhishek Das 🔥 – ❤️📸 ABHISHEK DAS 📸❤️
Meskipun tidak jelas motif kedatangan mereka ke Malaysia, ramai netizen dilihat begitu teruja menyambut kedatangan Valentin manakala komen yang ditinggalkan di ruangan Ajay lebih bernada sindiran dan sinis.
Komen netizen jadi perdebatan
Isu ini menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna Twitter di mana ada yang menyelar sikap double standard yang diamalkan segelintir netizen Malaysia dengan berpandukan warna kulit dan kewarganegaraan seseorang selain terikut-ikut budaya ‘white privilege’.
Namun ada juga yang merasakan situasi ini terjadi kerana kebanyakan pengembara dari negara Barat datang ke Malaysia untuk melancong manakala majoriti pengembara dari Nepal dan negara berdekatan datang ke Malaysia untuk bekerja.
haritu mat salleh dtg mlysia sampai naik 100k followers dlm shri 😅 bangla & nepal yg sllu promote kl kat tiktok drg sindir pula..
— mxlvxn (@melvinhatesyou) October 2, 2022
I’m not going to dispute that because I don’t have the stats, but do you really think the first thing that comes to the mind of a Malaysian who sanjung orang putih & are racist to Nepalese/bangladeshis is “I don’t like them because they contribute to ringgit outflow”? 😂 doubt it
— nannaria swiftae (Taylor’s Version) 🕛🌃 (@islizahere) October 2, 2022
Ermmm, my GF Japanese came here with nothing. Gaji 10k, monthly send back 6-7k~
— 🏴Nick-MalaysiaForMalaysian🏴 (@NicolasLZR94) October 4, 2022
U talk based on assumption jer 🤦🏻♂️🧐
White worship
— Kay | khairulanuar.eth (@khairulanuar) October 4, 2022

