fbpx

Bajet 2023 : Bantuan BKM RM2,500 Untuk B40 Sara 5 Anak Ke Atas, Kadar Cukai Pendapatan Kurang 2%

Menerusi pembentangan tersebut, beliau berkata kadar cukai pendapatan akan dikurangkan 2% mengikut banjaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini (7 Oktober) telah membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama berjumlah RM 372.3 bilion.

Menerusi pembentangan tersebut, beliau berkata kadar cukai pendapatan akan dikurangkan 2% mengikut banjaran iaitu :

1. Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13% ke 11%
2. Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 turun daripada 21% ke 19%.

Selain itu, kerajaan akan memperkenalkan satu kategori baru di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu memberikan bantuan secara one-off RM2,500 untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan keluarga yang menanggung lima anak ke atas.

Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.

“Kepada isi rumah berpendapatan RM2500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan anak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.