fbpx
Now Reading
Bajet 2023: Kerajaan Tanggung Bayaran Ujian Lesen Teksi, Bas, e-hailing & Motosikal Kelas B2

Bajet 2023: Kerajaan Tanggung Bayaran Ujian Lesen Teksi, Bas, e-hailing & Motosikal Kelas B2

Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas, e-hailing, dan motosikal kelas B2.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini (7 Oktober) telah membentangkan Bajet 2023 bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama berjumlah RM 372.3 bilion.

Menurut Tengku Zafrul, golongan belia yang dianggap penentu lakaran wajah masa depan negara juga tidak terlepas daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

“Bagi membantu kumpulan B40 khususnya belia menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti teksi, bas dan e-hailing, Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing di bawah program MyPSV,” katanya

Dalam pada masa yang sama, Tengku Zafrul turut berkata kerajaan juga bersetuju menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal kelas B2.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.