fbpx
Now Reading
“Bawa Diri Sebagai Menteri Besar Bukannya Badut” – TMJ Mintak Tan Sri Daud Nasihat Sanusi

“Bawa Diri Sebagai Menteri Besar Bukannya Badut” – TMJ Mintak Tan Sri Daud Nasihat Sanusi

Dalam nasihat tersebut, TMJ mengatakan tindakan Muhammad Sanusi telah memecah belahkan penyokong bola sepak antara Kedah dan Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan isu mengenai pertikaman lidah antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terkini, tular pula komen yang diberikan oleh TMJ pada satu hantaran di laman IG milik Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang meminta agar pemilik Kedah Darul Aman Football Club (Kedah FC) itu untuk menasihati Muhammad Sanusi.

Menurut TMJ, baginda pernah berjumpa dengan Dr. Mohd Daud suatu ketika dahulu dan mengenali keperibadiannya yang baik.

TMJ Doakan kejayaan buat Dr. Mohd Daud dan pasukan Kedah FC

Baginda turut mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kejayaan buat Dr. Mohd Daud dan pasukan Kedah FC sebelum menyeru agar menasihati Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu.

“Saya pernah berjumpa dengan Tan Sri di SSI, Tan Sri orang yang baik dan saya berdoa semoga Allah kurniakan kejayaan buat Tan Sri dan Kedah FC.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta Tan Sri nasihtkan sikit Menteri Besar Kedah,” katanya.

Tindakan Sanusi memecah belahkan penyokong Kedah dan Johor

Dalam nasihat tersebut, TMJ mengatakan tindakan Muhammad Sanusi telah memecah belahkan penyokong bola sepak antara Kedah dan Johor.

Menurutnya, Menteri Besar Kedah itu seharusnya menjaga sikap dan keperibadiannya sebagai seorang menteri dan bukannya ‘badut’.

“Bawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukan badut.” – TMJ

“Cukup-cukuplah memecah belahkan antara penyokong bola sepak Kedah dan Johor lagi-lagi orang Islam Melayu Kita. Sudah tiba masanya untuk beliau jaga sikap dan bawa diri sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya ‘badut’.”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Teguran yang diberikan oleh TMJ turut tular di Twitter apabila salah sebuah laman yang memaparkan isu semasa bola sepak @nocontextbolamy membuat ciapan tangkap layar komen tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.