Disangkakan Lipstick Viral Rupanya Pewarna Uban, Aksi Wanita Ini Buat Ramai Terhibur [Video]
Menurut Hanan, dia yang teruja melihat lipstick itu tidak sabar untuk mencubanya tetapi sangkaannya silap apabila bibirnya berwarna hitam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila mengimbau zaman kanak-kanak pasti ada di antara kita yang pernah bermain dengan alat solek milik ibu bukan?
Dek kerana melihat gelagat si ibu menata rias wajah, pasti si anak juga akan meniru perbuatan tersebut.
Malah sehingga besar pasti ada segelintir di antara kita khususnya wanita yang ingin mengetahui apakah barangan alat solek yang baharu dibeli oleh mereka dan tidak sabar untuk mencubanya.
Kongsi kisah lipstick buat ramai terhibur
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Hanan Afiqa yang berkongsi kisahnya sehingga membuatkan ramai terhibur.
Menerusi video tersebut kelihatan Hanan tampil dengan ‘lipstick’ berwarna hitam dan mula menceritakan bahawa dia gemar masuk ke bilik ibunya untuk melihat apakah barangan alat solek yang baru dibeli.
Lipstick warna hitam, tak sabar nak cuba sangka ia adalah lipstick yang tular di media sosial
Dia kemudian terlihat satu alat solek seperti lipstick dan ingin mencubanya sejurus melihat warna lipstick tersebut adalah hitam.
Pada awalnya dia menyangkakan alat solek tersebut adalah lipstick yang tular di media sosial di mana ia akan bertukar menjadi warna merah sebaik sahaja dioleskan di bibir.
“Aku ada nampak satu lipstick ni. Wah! baru ni, nampak packagingnya baru. Aku pun buka.
“Oh! lipstick viral yang warna hitam tu, aku pun tak beli lagi dan aku pun nak cuba,” kata Hanan sambil ketawa.
Sangkaan meleset, rupanya ia adalah alat warnakan uban
Namun, sangkaannya meleset apabila sebaik sahaja dia meletakkan lipstick tersebut di bibir ia tidak menjadi warna merah seperti yang dibayangkan tetapi menjadi warna hitam.
Dia yang pelik dengan perkara itu lantas bertanya kepada ibunya berkenaan lipstick tersebut. Ibunya kemudian memaklumkan bahawa ia bukanlah lipstick tetapi pewarna untuk mewarnakan uban agar menjadi warna hitam.
Menyedari kesilapannya. Hanan lantas tertawa dek kerana mengenangkan bibir yang sudah hitam dan dalam masa sama bertanya mengapakah ibunya membeli benda tersebut.
“Sekarang memang viralkan lipstick warna hitam tu yang aku cuba,” katanya lagi.
Maklum warna tersebut dapat ditanggalkan dari bibir
Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Hanan turut memaklumkan warna hitam itu sudah berjaya ditanggalkan dari bibirnya dengan menggunakan penanggal mekap (make-up remover).
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan aksi wanita itu. Tidak kurang juga ada yang mengaku mereka juga mempunyai kelakuan yang sama seperti Hanan sehingga si ibu terpaksa menyorokkan barang yang baru dibeli.