fbpx
Now Reading
“Pandainya Adik” – Rumah Terkunci Dari Dalam, Lelaki Selit Masukkan Anak Kecil Dari Tingkap Untuk Buka Pintu [Video]

“Pandainya Adik” – Rumah Terkunci Dari Dalam, Lelaki Selit Masukkan Anak Kecil Dari Tingkap Untuk Buka Pintu [Video]

Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak itu dilihat memahami arahan yang diberikan oleh ibunya dan berani memasuki rumah yang berada dalam keadaan gelap.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti pernah melalui situasi di mana pintu rumah terkunci dari dalam sama ada disebabkan kunci tertinggal ataupun hilang.

Pasti pelbagai tips yang pernah dikongsikan di dalam internet akan digunakan. Namun masih ada segelintir yang menggunakan teknik ‘legend’ dengan memasukan anak kecil melalui tingkap.

Begitulah yang dilakukan sepasang suami isteri dalam satu video tular yang memperlihatkan kepintaran si anak membantu membuka pintu rumah yang sedang terkunci.

Tidak dapat memasuki rumah kerana terkunci

Menerusi hantaran video yang di muat naik di laman TikTok akaun @kak.yah95, mereka dikatakan tidak dapat memasuki rumah kerana pintu tersebut terkunci daripada bahagian dalam.

@kak.yah95

terkunci pintu dalam rumah Tak boleh masuk, alhamdulillah anak tolong buka kan pintu 😊♥️

♬ original sound – kak.yah95 – kak.yah95

“Terkunci pintu dalam rumah, tak boleh masuk. Alhamdulilah anak tolong buka kan pintu,” tulisnya di kaspyen.

Masukan anak kecil melalui ruangan tingkap

Dalam video sama, kelihatan seorang lelaki sedang memasukan kanak-kanak kecil secara berhati-hati melalui ruangan tingkap yang kecil.

Setelah kanak-kanak tersebut berjaya dimasukan ke dalam rumah yang gelap gelita, dia terus menuju ke pintu hadapan yang terkunci dan membukanya.

Kanak-kanak terima pujian kerana memahami arahan diberikan

Tindakan kanak-kanak tersebut mendapat pujian ramai kerana seawal usia begitu dia sudah memahami arahan yang diberikan oleh ibunya.

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi menghiburkan yang diberikan oleh pengguna media sosial, malah ada yang mendakwa pernah melakukan hal yang sama semasa kecil dahulu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.