fbpx
Now Reading
9 Fakta Menarik Tentang PRU15 Yang Harus Diketahui, Nombor 3 Pasti Buat Anda Terkejut

9 Fakta Menarik Tentang PRU15 Yang Harus Diketahui, Nombor 3 Pasti Buat Anda Terkejut

Berbeza berbanding dengan PRU yang sebelumnya, PRU15 yang akan diadakan nanti mengetengahkan beberapa perkara baharu yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang diketahui umum, pembubaran Parlimen yang diumumkan semalam (10 Oktober) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam usaha mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Jelas beliau, pembubaran ini sekaligus dapat menghentikan suara-suara yang selama ini meratib keabsahan kerajaan pimpinannya selain penggunaan ayat ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

Foto: malaymail

Menurut Awani, PRU kali ini berbeza berbanding dengan PRU yang sebelumnya, PRU15 yang akan diadakan nanti mengetengahkan beberapa perkara baharu yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

Berikut fakta menarik tentang PRU15:

#1 PARTI & GABUNGAN BAHARU

Buat kali pertama, empat parti baharu akan bertanding dalam PRU15 sekaligus merancakkan lagi suasana politik di negara ini

Parti dan gabungan itu terdiri daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang merupakan gabungan beberapa parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), dan golongan profesional.

Gabungan keempat-empat parti ini akan mempertaruhkan pengalaman yang ada dan tawaran pembaharuan politik baharu.

#2 UNDI 18

Pemilih berdaftar terkini yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan Mei 2022 pada 16 Jun lalu, berjumlah 21,113,234 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 1,141,749 orang iaitu 5.4% adalah pemilih berumur 18 tahun hingga 20 tahun, manakala baki 19,971,485 orang atau 94.6%  ialah pemilih berumur 21 tahun dan ke atas.

Penguatkuasaan had umur pemilih daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun pada 15 Disember 2021 menyaksikan pertambahan ketara pemilih seramai 5.8 juta orang yang mana 1.2 juta adalah terdiri daripada golongan anak muda berusia 18 hingga 20 tahun.

Jumlah pengundi berdaftar dijangka meningkat kepada 22.7 juta menjelang 2023, menyaksikan peningkatan hampir 50% berbanding 14.9 juta yang direkodkan menerusi daftar pemilih Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

#3 PENDAFTARAAN PEMILIHAN SECARA AUTOMATIK (PPSA)

Pendaftaran pemilihan secara automatik (PPSA) bermaksud semua warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas adalah layak untuk didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR sejak dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun lalu.

Warganegara Malaysia yang layak serta mempunyai maklumat lengkap berdasarkan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan didaftarkan sebagai pengundi tanpa perlu lagi memohon kepada SPR.

#4 WAKTU MENGUNDI DIPANJANGKAN

Tempoh waktu mengundi dalam satu hari pada PRU15 nanti akan dipanjangkan selama satu jam bagi keseluruhan negeri di Malaysia.

Bagi Semenanjung, waktu mengundi bermula jam 8 pagi hingga 6 petang, manakala jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.

Pemanjangan tempoh masa berkenaan dapat memberi masa yang lebih mencukupi kepada rakyat yang akan mengundi.

#5 AKTA ANTILOMPAT PARTI

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, telah berkuat kuasa 5 Ogos lalu.

Dengan pelaksanaan akta itu, mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti pada atau selepas tarikh terbabit, akan hilang kelayakannya.

Foto: malaymail

Akta A1663 mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan pada 6 September lalu.

Akta itu sebelum ini diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada 28 Julai lalu di mana 209 Ahli Dewan Rakyat menyokong. Ia turut mendapat persetujuan majoriti 52 senator di Dewan Negara pada 9 Ogos.

#6 PEMBUBARAN DUN DAN PARLIMEN

Pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan PAS tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas faktor keadaan cuaca yang sedang memasuki musim peralihan Monsun Timur laut yang dikhuatiri menyebabkan bencana banjir.

Walaupun ini bukan perkara baharu apabila Pilihan Raya Negeri berlangsung tanpa diiringi Pilihan Raya Umum, namun ia membawa kepada persoalan berkaitan penggunaan sumber, risiko banjir, kos pilihan raya dan sebagainya.

Pakatan Harapan menegaskan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor tidak akan dibubarkan, sementara Pas juga setakat ini dilihat mengambil pendirian sama terhadap Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Hanya negeri-negeri di bawah pemerintahan BN seperti Pahang, Perlis dan Perak yang dilihat akan membubarkan DUN masing-masing untuk diselarikan dengan tarikh PRU15.

#7 PEMBENTANGAN SEMULA RUU

Sekurang-kurangnya tujuh rang undang-undang (RUU) termasuk Bajet 2023 perlu dibentangkan semula jika rakyat memilih kerajaan baharu nanti.

Selain Bajet 2023, enam lagi keputusan membabitkan RUU yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi minggu lalu namun belum dibawa ke Dewan Negara perlu dibentang semula di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Ia membabitkan RUU Kualiti Alam Sekeliling, RUU Kesatuan Sekerja, RUU Tenaga Boleh Baharu, RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, RUU Kanun Keseksaan, dan RUU Kanun Tatacara Jenayah.

#8 PARTI POLITIK BENTUK KERJASAMA SELEPAS PRU15

Umum mengetahui, kesepakatan untuk membentuk gabungan bagi memasuki gelanggang pilihan raya secara tradisinya di Malaysia dibentuk sebelum pembubaran Parlimen atau PRU itu berlangsung.

Namun kini ketidakpastian memuncak susulan ramai pemerhati politik berpendapat sukar untuk sesebuah parti tunggal atau gabungan mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Justeru, kesepakatan atau kerjasama dilihat akan lebih relevan sekiranya ia dilaksanakan selepas PRU15 melihat kepada jumlah kerusi yang dimenangi gabungan atau parti masing-masing bagi mencapai angka 112 kerusi Parlimen.

#8 PRU DAN BANJIR

Adalah satu kebimbangan ramai orang jika PRU kali ini diadakan ketika negara memasuki fasa peralihan Monsun Timur Laut yang mengundang risiko bencana banjir seperti yang telah dijelaskan tadi.

Foto: malaymail

Perkara itu telah dikeluarkan amaran awal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkenaan ribut petir, angin kencang yang membawa kepada kenaikan air di sungai-sungai utama negara.

Susulan itu, SPR menggalas tanggungjawab yang berat dan sukar dalam menentukan tarikh PRU bagi memastikan risiko banjir ketika proses mengundi dapat dikurangkan.

Hal ini juga bagi memastikan peratusan mengundi kekal tinggi seperti PRU sebelumnya agar dapat menjamin proses demokrasi sihat dalam negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.