fbpx
kanak-kanak usia 3 tahun selamat

Disangka Maut Rupanya Tertidur, Budak 3 Tahun Selamat Dalam Kes Tembakan Rambang Di Thailand

kanak-kanak itu terselamat selepas suspek menyangkakan dia telah mati kerana terkena tembakan yang dilepaskan dalam bilik tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Minggu lalu, seluruh dunia digemparkan dengan insiden tembakan rambang di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Thailand.

Kejadian tragis pada 6 Oktober itu menyebabkan 36 orang maut dengan 24 darinya adalah kanak-kanak.

Baca artikel berkaitan: [Terkini] 31 Maut Ditembak Di Pusat Kanak-kanak Prasekolah, Thailand

Seorang kanak-kanak 3 tahun selamat dari tembakan rambang

Namun bagai satu keajaiban, seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, Paweenuch Supholwong, bukan sahaja terselamat malah langsung tidak terusik dalam tragedi tembakan di pusat jagaan itu.

Disangka mati, kanak-kanak sedang tidur lena

Memetik laporan Harian Metro, kata ibunya iaitu Panomplai Srithong, semasa insiden itu berlaku anaknya sedang tidur lena dan diselimut di sebuah bilik yang turut menempatkan kanak-kanak lain.

Budak tersebut terselamat selepas suspek menyangkakan kanak-kanak itu telah mati selepas dia melepaskan tembakan.

Menurut ibunya lagi terdapat seorang kanak-kanak yang turut terselamat namun dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di sebuah hospital.

Ramai beri ‘tali jiwa’ pada kanak-kanak semasa berkumpul untuk beri penghormatan

Sewaktu penduduk berkumpul untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa, ramai yang dilihat berpusu-pusu ke arah Paweenuch dan mengikat “tali jiwa” putih, kuning dan merah pada pergelangan tangannya dengan harapan ia akan membantu rohaninya pulih.

Ini kerana, masyarakat negara itu percaya bahawa sesorang yang mengalami kejadian buruk, pasti akan kehilang sebahagian semangat dari jiwa mereka.

Guru pusat jagaan maklum ada didapur ketika dengar bunyi tembakan

Nanticha Panchom iaitu guru di pusat jagaan tersebut turut memaklumkan ketika terdengar tembakan pertama dia berada di dapur.

Turut difahamkan, tembakan yang dilepaskan oleh suspek dipercayai terkena seorang lelaki dan kanak-kanak yang berada di hadapan bangunan itu.

Dia kemudian terdengar bunyi jeritan agar pintu depan dikunci dan guru itu berlari keluar bagi mendapatkan bantuan.

Tak sangka suspek akan masuk dalam premis jagaan kanak-kanak

“Saya tidak sangka dia akan masuk ke dalam,” jelas guru itu sambil memandang ke jalan masuk bangunan tersebut yang dihiasi bunga serta penghormatan kepada mangsa yang terbunuh.

Dalam pada itu, pentadbir kanan Uthai Sawan, Chuanpit Geathwong berkata, serangan itu ternyata mengejutkan orang ramai memandangkan mereka sudah biasa hidup dalam persekitaran yang sederhana dan aman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.