fbpx
Now Reading
“I’m A Very Nice Man..” – Tun M Ulas Mengenai Kerjasama Dengan Anwar & PH [Video]

“I’m A Very Nice Man..” – Tun M Ulas Mengenai Kerjasama Dengan Anwar & PH [Video]

Namun menurut Tun M, peluang untuk bekerjasama itu agak tipis dan selayaknya dijawab oleh Anwar Ibrahim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gerakan Tanah Air (GTA) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, termasuk dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun menurut Tun M, kemungkinan itu agak tipis dan perlu dijawab oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu. Bagi pihaknya pula, beliau berpendapat ia tidak menjadi masalah selagi mereka masih berpegang kepada prinsip yang sama, iaitu melawan UMNO dan Barisan Nasional, lapor Malaysia Gazette.

“Soalan itu patutnya ditanya kepada dia (Anwar Ibrahim). Tanya dia jika dia mahu kerjasama dengan saya, tetapi (saya tahu) dia tak mahu kerjasama dengan saya. I’m a very nice man (saya ini orang yang baik),” kata Dr Mahathir secara berseloroh.

Komen itu diberikan beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebagai langkah persiapan menghadapi PRU yang hampir tiba.

Tambah Tun M lagi, GTA juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti lain yang satu ‘kepala dengan mereka’ iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.

“Siapa parti itu, saya tak boleh dedahkan lagi. Tetapi kita sanggup adakan kerjasama kalau mereka ingin selamatkan negara kita ini dari pemerintahan UMNO,” katanya lagi dipetik dari Awani.

Tun M sebentar tadi juga memberitahu akan mempertahankan Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 sebagai calon Pejuang.

Sebagai rekod, GTA merupakan pakatan yang terdiri daripada parti-parti berasaskan Melayu, NGO, ahli akademik serta profesional iaitu Pejuang, Berjasa, Putra dan Parti Perikatan India Muslim Kebangsaan (Iman).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.