fbpx

Netizen Buru Pemilik Honda City Tukar Lorong Tak Bagi Signal Hingga Sebabkan Lelaki Cedera Dilanggar Dua Kali [Video]

Menurut kakak kepada mangsa, akibat kemalangan tersebut adiknya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan juga kaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (11 Oktober) tular satu rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan seorang motosikal dilanggar pemandu cuai hingga menyebabkan penunggang terbabit terjatuh sebelum dirempuh kenderaan lain.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @pidotsama, kelihatan penunggang motosikal terbabit turut tersepit di antara dua buah kenderaan selepas rempuhan sebelum kereta di hadapan berganjak ke hadapan bagi memberikannya ruang.

Berdasarkan rakaman, sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna hitam secara mengejut menukar lorong tanpa memberi isyarat.

Tindakan itu menyebabkan dia terlanggar sebuah motosikal yang berada di sebelahnya lalu mengakibatkan penunggang motosikal tersebut jatuh dan terseret ke tepi jalan.

Mangsa turut dilanggar kenderaan di hadapannya

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun diibaratkan seperti jatuh ditimpa tangga apabila dirinya yang cuba bangun semula turut dilanggar oleh kereta yang berada di belakangnya.

Pemandu kereta tersebut melanggar mangsa kerana terdapat sebuah lagi kenderaan di belakangnya yang tidak sempat mengelak ketika kemalangan itu berlaku.

Menerusi perkongsian sama, pemandu Honda City berkenaan difahamkan telah melarikan diri.

Terkini, kakak kepada penunggang tersebut memuat naik perkongsian di laman Facebook DashCam Owners Malaysia mengenai keadaan adiknya.

Mangsa cedera di bahagian tangan dan kaki

Menurut wanita itu, akibat kemalangan tersebut adiknya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan juga kaki.

Mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan nombor pendaftaraan kereta yang melanggar adiknya itu bagi tujuan untuk membuat laporan polis.

“Hai semua. Adik saya kena langar semalam dengan Honda City hitam. Sesiapa yang kenal dengan lelaki di dalam gambar mohon pm (personal message) saya. Bukan nak mengaibkan, sebab adik saya nak buat report. Adik saya mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki,” tulisnya di kaspyen.

Sehubungan itu netizen mula mengongsikan hantaran berkenaan sebagai cubaan mereka untuk mengesan pemandu terbabit.

Setakat artikel ini ditulis, identiti dan no pendaftaran kenderaan tersebut masih belum diketahui.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.