fbpx
Now Reading
“Respect!”- Lelaki Ini Bina Rumah Untuk Ibu Bapa, Pilih Bahagiakan Keluarga Dulu Sebelum Berkahwin [Video]
bahagiakan keluarga

“Respect!”- Lelaki Ini Bina Rumah Untuk Ibu Bapa, Pilih Bahagiakan Keluarga Dulu Sebelum Berkahwin [Video]

Jelas lelaki itu, dia tidak datang dari keluarga yang senang dan mempunyai impian untuk memberikan keselesaan kepada kedua ibu bapanya terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bergelar anak pasti mempunyai matlamat untuk membantu ibu bapa dan keluarga agar mempunyai kehidupan yang lebih baik.

Seperti mana ibu bapa sanggup berkorban untuk anak-anak ketika kecil, begitu jugalah mereka. Tidak kira apa pun dugaan mendatang setiapnya ditempuh demi keluarga yang tercinta.

Malah ada yang berjanji dengan diri sendiri tidak akan berkahwin selagi belum dapat memberikan kesenangan kepada ahli keluarga mereka.

Berkorban demi kebahagian keluarga

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan @abejak_, yang sanggup berkorban demi kebahagian keluarganya sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dia menjelaskan mengapakah dirinya belum berkahwin meskipun sudah bercinta bertahun-tahun.

Katanya, dia bukanlah datang dari keluarga yang senang dan membesar dalam rumah sewa yang hanya mempunyai dua bilik sahaja.

Ada impian, bina rumah baharu untuk keluarga

@abejak_ memaklumkan dirinya mempunyai impian untuk memberikan keselesaan hidup kepada kedua ibu bapanya dahulu.

Malah, demi keselesaan kedua orang tua yang tersayang lelaki ini turut membina sebuah mahligai indah untuk dihuni oleh keluarganya.

“Impian aku nak tengok umi abah selesa dulu. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan.

“Sikit-sikit janji siap,” katanya sambil menunjukkan rumah yang baharu dibina.

Guna hasil titik peluh sendiri, tak pernah minta duit ibu bapa sejak berkerja

Menurutnya lagi, apa yang dimiliki kini adalah hasil titik peluhnya sendiri dan menyatakan dia tidak pernah meminta wang ibu bapa.

“Sejak gaji pertama kerja kilang Shah Alam tak pernah minta satu sen pun.

“Biarpun seminggu gaji tinggal RM50 dalam poket. Umi abah tak pernah tahu, jangan bagi dia orang susah hati,” jelasnya lagi.

Nasihat orang ramai untuk lakukan kebaikan pada kedua ibu bapa, beri wang ikut kemampuan

Dia dalam masa sama turut menasihatkan bagi yang masih mempunyai ibu bapa untuk berikan sedikit wang kepada mereka pada setiap bulan mengikut kemampuan masing-masing.

“Apa yang kau dapat setiap bulan tu dari doa mereka. Insha-Allah berkat hidup,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki ini demi keluarganya.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan kejayaannya agar terus dapat membahagiakan keluarga serta diperluaskan lagi rezeki.

“Terbaiklah murah rezeki sebab utamakan ibu bapa”

“Orang yang tolong keluarga ni tak senang tapi Allah SWT permudahkan segala urusannya, terbaik”

“Semoga Allah balas rezeki berlipat ganda”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.