fbpx
Now Reading
“Tergamak Ikat Biar Macam Tu” – Wanita Selamatkan Anjing Yang Kelaparan Buat Ramai Sebak [Video]

“Tergamak Ikat Biar Macam Tu” – Wanita Selamatkan Anjing Yang Kelaparan Buat Ramai Sebak [Video]

Setelah selesai memberi makan dan minum, wanita berkenaan bertindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan untuk membantu menguruskan haiwan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu kezaliman dan pengeniayaan terhadap haiwan bukanlah sesuatu yang asing lagi di negara ini, kerap kali kita mendengar atau melihat video tular tentang binatang yang tidak bersalah didera dan dipukul.

Namun apa yang membanggakan, kebanyakan rakyat Malaysia tidak hanya mendiamkan diri malah bertindak membantu apabila melihat haiwan yang didera atau berada dalam kesusahan.

Begitulah dilakukan seorang wanita ini apabila tular di media sosial dirinya membantu seekor anjing yang terikat di sebuah rumah kosong tanpa penghuni.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @juliaritanordin, anjing tersebut berada dalam keadaan yang begitu menyayat hati ketika wanita tersebut menemuinya.

Anjing dahulunya comel, kini kurus dan tidak terurus

Menurut wanita tersebut, anjing malang berkenaan dahulunya mempunyai bulu yang cantik namun sejak ditinggalkan keadaannya menjadi kurus dan tidak terurus.

“Macam mana lah dia nak cari makan kalau terikat macam ini. Anjing ini dulu comel, bulu cantik dah jadi teruk macam ini,” tulisnya dalam video.

Kerana kasihan melihat keadaan anjing tersebut, dia lantas pulang ke rumahnya untuk mengambil sedikit makanan untuk diberi makan pada haiwan itu.

Hubungi pasukan penyelamat haiwan untuk selamatkan anjing tersebut

Tidak menunggu lama, setelah selesai memberi makan dan minum, wanita berkenaan betindak menghubungi pasukan penyelamat haiwan untuk membantu menguruskan haiwan itu.

Pada masa yang sama, wanita berkenaan turut meluahkan rasa leganya kerana anjing tersebut kini berada di bawah pemantauan pihak yang bertanggungjawab.

Anjing tersebut temui tuan yang baru

Tambah wanita itu, sebaik tiba di klinik haiwan, terdapat seseorang yang sudi mengambil anjing tersebut untuk dijadikan haiwan peliharaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat keadaan anjing tersebut serta berterima kasih pada wanita berkenaan yang sudi membantu haiwan tidak berdosa itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.