fbpx
Now Reading
Lelaki Di India Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas ‘Termasukkan’ Cawan Besi Dalam Dubur Ketika Mabuk
Lelaki di india masukkan cawan besi dalam dubur

Lelaki Di India Terpaksa Jalani Pembedahan Selepas ‘Termasukkan’ Cawan Besi Dalam Dubur Ketika Mabuk

Kumar tanpa sengaja termasukkan cawan besi itu ke dalam duburnya ketika dia dalam keadaan mabuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di India terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cawan besi selepas dia tanpa sengaja telah memasukannya ke dalam dubur ketika sedang mabuk.

Memetik laporan Daily Mail, Ritesh Kumar berusia 22 tahun dari Bettiah, India, telah dikejarkan ke Hospital Kolej Perubatan Patna selepas mengalami kesakitan yang teruk dengan keadaan dubur berdarah pada 4 Oktober yang lalu.

Alami sakit perut, cawan besi halang pergerakan usus

Ritesh Kumar mengalami sakit perut yang amat menyakitkan disebabkan cawan besi yang berdiameter 7 sentimeter (cm) telah mengalang pergerakan ususnya, lapor media tempatan.

Hasil imbasan kemudiannya menunjukkan terdapat cawan besi sepanjang 14 sentimeter (cm) hingga memaksa dia menjalani pembedahan selama 2 jam setengah untuk mengeluarkan objek ersebut dari perutnya.

Dr Indra Shekhar Kumar yang mengetuai sekumpulan 11 doktor untuk pembedahan tersebut berkata, prosedur mengeluarkan cawan besi itu agak berisiko namun ia akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Oleh itu, Kumar diberikan kolostomi kerana sebahagian dari ususnya dipotong dan beg stoma dipasang agar lukanya sembuh.

Doktor turut memaklumkan akan mengeluarkan pesakit itu dari hospital pada minggu hadapan dan akan membuat prosedur pembalikan kolostomi pada Januari.

Tak ingat ada termasukkan cawan dalam dubur kerana mabuk

Kumar turut mendakwa tindakan memasukkan cawan ke dalam dubur itu dilakukan ketika mabuk dan dia tidak ingat tentang apa yang sudah berlaku.

Dr Kumar Vaibhav Sharma yang juga merupakan salah seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan tersebut memaklumkan kepada Hindustan Times cawan besi itu telah dimasukkan oleh pesakit melalui duburnya.

“Ini adalah kes yang sangat jarang berlaku, kebanyakannya dilihat pada pesakit psikiatri atau mereka yang mabuk.

“Pakar bedah kami mengeluarkan cawan besi selepas melakukan pembedahan melalui perut pesakit pada jam 4 pagi, dalam masa beberapa jam selepas ia dimasukkan.”

Memasukkan objek besar ke dalam dubur boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti sembelit yang boleh membuatkan buasir dan inkontinens.

Malah ia juga boleh menyebabkan berlakunya koyakkan kecil di dubur, rektum serta usus yang akan mengakibatkan jangkitan hingga membawa maut dan sepsis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.