Lelaki Ini Kongsi 5 Benda Menarik Yang Korang Boleh Tebus Secara Percuma Sempena Hari Jadi

Sambutan hari ulang tahun merupakan sesuatu yang sering dinantikan oleh segelintir individu.

Walaupun menyambut hari ulang tahun merupakan tanda korang meraikan hari tua namun kemeriahan apabila rakan membuat ucapan membuatkan korang rasa seronok dan dihargai.

Bukan hanya rakan dan ahli keluaga, malah korang pasti akan menerima beberapa mesej atau email ucapan daripada pelbagai jenama selain tawaran diskaun sempena hari jadi.

Perkara ini samalah seperti yang dikongsikan oleh Qamarull Ashroff di Twitternya yang menyenaraikan beberapa perkara yang boleh korang tebus secara percuma semasa ulang tahun.

Haa pasti sudah tak sabar bukan? Terutama yang bakal menyambut hari jadi bolehlah korang listkan dan ajak kawan atau keluarga nanti.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan.

#1 Inside Scoop

Legakan tekak korang dengan ais krim dari Inside Scoop. Syarat untuk menebus ais krim korang mestilah pelanggan yang pernah membeli produk dan mereka akan masukkan data dalam sistem.

Maka apabila data korang dah ada dalam sistem, setiap kali hari jadi akan dapat baucar untuk tebus ais krim secara percuma.

#2 Boost

Adakah korang peminat minuman jus? Inilah masanya untuk dapat secara percuma caranya pun mudah sahaja.

Caranya korang hanya perlu muat turun aplikasi Boost dan buat pendaftaran. Maka apabila tiba hari jadi korang dah boleh guna untuk tebus jus secara percuma.

Apa yang menarik tempoh untuk tebusan ini valid untuk 5 hari tau, dan korang boleh pilih mana-mana perisa dengan size original! (paling besar).

#3 Baskin Robin

Ada di antara korang yang peminat ais krim Baskin Robin? Siapa sahaja yang tak suka ais krim ni kan. Cara nak tebus Baskin Robin ini sama seperti Boost di mana korang perlu muat turun aplikasi terlebih dahulu.

Kemudian anda boleh nikmati apa-apa perisa sempena birthday nanti.

#4 Family Mart

Setiap kali ke kedai serbaneka ni mesti kita akan jadi rambang mata tatkala melihat makanan yang disediakan.

Bagi kedai serbaneka ini pula korang boleh buat tebusan Sofutto iaitu ais krim di Family Mart. Rasa lemak manis dengan biskut yang rangup pasti akan mengembirakan lagi hari jadi korang.

Sama seperti Boost dan Baskin Robin, untuk menebus Sofutto ini korang hanya perlu muat turun aplikasi Family Mart dan daftar sebagai ‘member’. Lepas tu bolehlah guna apabila sambut hari jadi nanti.

#5 Super Park Avenue K

Bukan hanya makanan tau korang, korang pun berpeluang untuk bermain secara percuma dekat Super Park ni.

Bagi Super Park ini, korang hanya perlu pergi ke kaunter dan cakap untuk ‘birthday entry’ kemudian tunjukkan IC lepas tu dah boleh main sepuas-puasnya selama dua jam.

Dekat sini mereka menyediakan pelbagai aktiviti seperti trampoline, soccer, basket ball, baseball dan banyak lagi. Sesuai jika korang nak bersantai dengan keluar atau kawan-kawan.

Tapi yang lain tu perlu bayarlah ya, percuma untuk yang menyambut ulang tahun sahaja.

Harap bagi yang nak menyambut hari jadi akan datang, bolehlah pergi tebus di salah satu yang disenaraikan ini.

Selain keluarga dan rakan, mereka juga tak nak lepaskan peluang untuk raikan hari bermakna dalam hidup korang.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago