fbpx
Now Reading
Rakyat Dah Faham Tujuan UMNO Bertanding Pilihan Raya Untuk Tutup Jenayah – Tun M [Video]

Rakyat Dah Faham Tujuan UMNO Bertanding Pilihan Raya Untuk Tutup Jenayah – Tun M [Video]

Difahamkan kenyataan yang dikeluarkan Tun M itu merujuk kepada satu video ucapan Ahmad Zahid sewaktu Perhimpunan Agung MIC ke-76 yang turut tular dan tersebar di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (10 Oktober) telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada hari sama.

Ia bagi memberi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin akan berlangsung pada awal November iaitu sebelum menjelangnya musim banjir atau musim tengkujuh.

Ismail Sabri menerusi satu kenyatan media kemudiannya berkata, perkara itu berlaku disebabkan tindakan tidak wajar 12 menteri Kabinet yang jelas membelakangkan institusi Perdana Menteri dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong hingga mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.

“Rakyat sudah faham ..”

Namun terbaharu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan rakyat Malaysia sudah pun tahu tujuan sebenar UMNO mahu pilihan raya diadakan pada masa terdekat iaitu untuk menutup jenayah yang dilakukan beberapa pemimpinya.

Beliau yang tampil menerusi satu video di Twitter berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid kepada orang ramai.

“Sekarang rakyat tentu faham tujuan UMNO sertai pilihan raya ini kerana seperti yang disebut oleh Zahid, mereka ingin menyelamatkan diri mereka daripada dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah.

“Bukan sahaja Zahid, tetapi juga pemimpin (UMNO) yang lain-lain seperti yang ditunjuk olehnya. Zahid sebut, mereka semua mempunyai masalah serta terlibat dalam jenayah. Mereka ingin menang untuk mengelakkan tindakan terhadap mereka,” kata Pengerusi Pejuang dan Gerakan Tanah Air (GTA) itu.

Difahamkan kenyataan yang dikeluarkan Tun M ini merujuk kepada satu video ucapan Zahid sewaktu Perhimpunan Agung MIC ke-76 yang turut tular dan tersebar di media sosial.

“Inilah tujuan mereka bertanding di dalam pilihan raya ini. Bukan untuk negara, agama dan bangsa, tapi untuk selamatkan diri mereka,” kata Tun M di dalam video itu lagi.

@jason.yew “asib pemimpin UMNO BN lebih buruk jika kalah PRU15, kata Zahid #zahidhamidi #barisannasional #PRU15 #foryou ♬ is now or never – JASON Update

Zahid di dalam video tersebut turut menegaskan bahawa BN perlu menjadi parti dominan dalam kerajaan selepas ini bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Jelasnya, PRU ke-15 yang bakal berlangsug tidak lama lagi adalah ‘ibu’ segala PRU di Malaysia.

“Kalau kita kecundang, nasib kita lebih buruk daripada PRU ke-14.

“Bukan saya saja kena dakwa, Tok Mat kamu dalam senarai menunggu. Tan Sri Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran) jangan ketawa… kamu juga termasuk. Apa lagi Datuk Seri Saravanan (timbalan presiden MIC).”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.