fbpx
Now Reading
Terlewat Mohon Tauliah Punca Program Pendakwah Didakwa Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan

Terlewat Mohon Tauliah Punca Program Pendakwah Didakwa Keturunan Nabi Muhammad Dibatalkan

Mengikut prosedur operasi standard (SOP), permohonan tauliah itu perlu dikemukakan sebulan sebelum majlis dilaksanakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, media sosial hangat memperkatakan isu mengenai seorang pendakwah yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW yang datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di beberapa negeri.

Namun apa yang mengejutkan, hampir kesemua program yang dianjurkan telah dibatalkan sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi dari orang ramai.

Kelewatan permohonan dan salah faham punca program dibatalkan

Menurut laporan Harian Metro, pembatalan program seorang pendakwah yang dikatakan keturunan Nabi Muhammad SAW disebabkan salah faham dan kelewatan membuat permohonan.

Program yang akan menampilkan pendakwah yang didakwa keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW, Mawla Muhammad Amin al-Idrissi yang berasal dari Maghribi itu sepatutnya berlangsung di enam negeri termasuk Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

5 negeri batalkan program kerana permohonan tauliah kurang dari sebulan

Bagaimanapun, hanya satu program yang berjaya dilaksanakan di Pulau Pinang manakala lima lagi negeri membatalkan kerana kelewatan dalam permohonan tauliah.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP), permohonan tauliah itu perlu dikemukakan sebulan sebelum majlis dilaksanakan.

Dalam laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), jabatan itu tidak membenarkan pengajuran majlis dihadiri pendakwah berkenaan kerana penceramah tidak mempunyai pentauliahan daripada Jais.

Foto: FB/Darul Uloom Al Mustafa

Susulan itu, Pengerusi Nur Al-Mustafa Malaysia, Hakim al-Mustafa memaklumkan wujudnya salah faham mengenai perkara tersebut.

Pengajur program terima keputusan dengan hati terbuka

Nur Al-Mustafa Malaysia selaku penganjur program jelajah berkenaan turut menerima keputusan pembatalan itu dengan hati yang terbuka.

Menurut Hakim, program di Pulau Pinang dilaksanakan hasil kerjasama erat antara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan agensi berkaitan untuk melancarkan perjalanan program.

Tambah Hakim, pihaknya mengakui kesilapan penganjuran kerana lewat mengemukakan permohonan namun ia berlaku kerana jadual padat dan hanya mengetahui saat akhir berhubung kekosongan masa tetamu jemputan.

Mawla didakwa punyai perakuan nasab daripada Kementerian Dalam Negeri Maghribi

“Dalam isu ini, berlaku banyak salah faham, namun saya selaku penganjur terbuka dalam hal ini, semoga ada hikmah terhadap apa berlaku.

“Berhubung pengiktirafan nasab keturunan, Mawla Muhammad Amin mempunyai perakuan nasab daripada Kementerian Dalam Negeri Maghribi dan pengakuan nasab ini kesalahan berat di negara berkenaan.

“Kita mempunyai bukti dan dokumen sangat jelas berhubung butiran nasab keturunan, cuma wujud segelintir masyarakat kita yang bersangka-sangka dalam isu ini,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.