fbpx
Now Reading
Wajah Anak Tersebar, Neelofa Kesal Tindakan Individu Tak Hormati Privasi [Video]
Neelofa terkilan

Wajah Anak Tersebar, Neelofa Kesal Tindakan Individu Tak Hormati Privasi [Video]

Jelas Neelofa, sebagai seorang ibu, tindakan individu tersebut telah menyinggung perasaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular gambar anak kepada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang disebarkan oleh netizen.

Menerusi gambar yang disebarkan itu, kelihatan susuk tubuh selebriti tersebut sedang mengendong anaknya yang dipercayai di sebuah klinik.

Kesal wajah anak dimuat naik oleh netizen di TikTok

Susulan penularan gambar tersebut, Neelofa menzahirkan rasa kesalnya terhadap individu yang memuat naik wajah anaknya, Muhammad Bilal di dalam TikTok.

Memetik laporan Harian Metro, Neelofa memaklumkan dia berasa tersinggung kerana belum bersedia untuk berkongsi wajah anaknya, namun perkara itu tidak dihormati oleh segelintir individu.

“Sebagai ibu, semestinya perkara itu menyinggung perasaan saya. Jika terserempak atau jumpa Bilal di luar, takkan saya hendak menyorokkan mukanya pula.

“Namun, apabila ada yang memuat naik dan kongsi di media sosial, ia seperti tidak menghormati kehendak saya pula. Ibarat tindakan itu sudah melangkaui tindakan saya pula.

“Jadi semestinya saya terkilan, seharusnya mereka memberikan saya kesempatan sebagai seorang ibu yang melahirkannya untuk berkongsi wajah anak saya,” jelas Neelofa sewaktu ditemui.

Minta beri ruang dan tidak mahu orang ramai beri fokus kepada Bilal

Usahawan itu dalam masa sama turut meminta agar diberikan ruang serta tidak mahu netizen memberikan fokus kepada bayinya itu.

“Sudah banyak yang saya kongsikan mengenai Bilal. Rasanya cukuplah apa yang sudah berlaku dan sebagainya.

“Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?

“Malah, saya juga akan bercuti dan melancong dalam tempoh terdekat. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan kongsikan kepada semua,” ulasnya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.