
Adakah Paracetemol Kekal Dalam Badan? Ahli Farmasi Ini Beri Pencerahan Bagaimana Ubat ‘Bekerja’
Menurut ahli farmasi tersebut, setiap ubat yang dimakan akan melalui 4 proses iaitu penyerapan, pengedaran, metabolism serta perkumuhan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi kelaziman apabila merasakan diri tidak sihat pasti kita akan mencari ubat untuk meredakan sesuatu penyakit itu.
Antara ubat yang sering diambil apabila tidak sihat ialah paracetemol atau lebih popular dengan panggilan ‘Panadol’.
Adakalanya apabila memakan ubat, kita sering tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada ubat tersebut dan bagaimanakah ia berfungsi apabila berada di dalam badan?
Perkara ini samalah seperti dikongsikan oleh Fahmi Hassan yang juga merupakan seorang ahli farmasi apabila mendapat soalan dari seseorang yang bertanya adakah paracetemol yang dimakan akan kekal di dalam badan?
Dia kemudian menyatakan sebaik sahaja memakan ubat, terdapat empat proses yang akan dilalui oleh ubat.
Jom kami kongsikan bagaimana ubat berfungsi di dalam badan anda.
#1 Absorption (Penyerapan)

Sebaik sahaja ubat ditelan ia akan melalui proses yang dipanggil absorption iaitu serapan ubat. Jika paracetemol, tablet yang ditelan itu akan diuraikan di dalam perut serta usus kecil.
Oleh itu, bahan aktif di dalam ubat tersebut akan terurai serta diserap ke dalam saluran darah.
Absorption adalah proses serapan ubat. Kalau paracetamol, tablet yang ditelan akan terurai di dalam perut dan usus kecil.
— Fahmi Hassan RPh (@Fahmibinhassan) October 12, 2022
Bahan aktif dalam ubat akan terurai dan diserap ke dalam saluran darah.
Bila diserap, ia akan masuk ke dalam saluran darah.
#2 Distribution (Pengedaran)
Setelah ubat diserap ke dalam saluran darah ia akan melalui proses distribution di mana bahan aktif ubat berkenaan akan dibawa ke bahagian organ-organ di dalam badan.
#3 Metabolism
Kemudian bahan aktif ubat itu akan diproses untuk diuraikan menjadi bahan yang lebih kecil. Proses ini juga dinamakan sebagai metabolism.
Proses metabolism bagi ubat paracetamol kebiasaanya berlaku di bahagian hati dan apabila ia sudah terurai ia akan dikumuhkan.
#4 Excretion (Perkumuhan)
Proses Excretion atau dipanggil sebagai perkumuhan pula berlaku di bahagian buah pinggang di mana ia akan dikeluarkan dari badan melalui pembuangan seperti air kencing.
Menurut Fahmi, proses ini berlaku secara berbeza mengikut ubat yang diambil oleh seorang pesakit.
Proses metabolisme ubat paracetamol majoriti berlaku di hati. Selepas ia terurai, ia akan dikumuhkan.
— Fahmi Hassan RPh (@Fahmibinhassan) October 12, 2022
Proses perkumuhan ini dipanggil excretion. Ia berlaku di buah pinggang, dan dikeluarkan dari badan melalui air kencing.
Berapa lama ubat ada dalam badan?

Bagi anggaran berapa lamakah sesuatu ubat itu akan berada di dalam badan ia dipanggil sebagai Half Life.
Half life merupakan tempoh di mana kepekatan sesuatu ubat itu berkurang separuh dari tempoh maksima dan sekiranya half life ubat itu lama, ini bermaksud ubat berkenaan akan lambat dikumuhkan dari badan.
Sebagai contoh half life bagi ubat seperti paracetamol adalah lebih kurang 1.5 hingga 2.5 jam di dalam badan dan kerana itu ia perlu di makan 4 kali sehari kerana ia cepat disingkirkan.
Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk mengambil ubat sekiranya memerlukan. Apa yang penting adalah mengikut nasihat dan arahan yang sudah diberikan oleh doktor mahupun ahli farmasi.
Ini kerana ubat tersebut tidak akan kekal di dalam badan kerana ia tetap akan melalui 4 proses yang diterangkan tadi.
Untuk paracetamol, tempoh half life adalah sekitar 1.5 ke 2.5 jam.
— Fahmi Hassan RPh (@Fahmibinhassan) October 12, 2022
Sebab itu paracetamol kena makan 4 kali sehari. Ia cepat disingkirkan dari badan.
Dan dari dos terakhir paracetamol, dalam tempoh 24 jam, tiada lagi saki baki paracetamol dalam badan.