fbpx
Now Reading
Tular Anak Nak Tidur Baling Botol Susu Hampir Kena Kepala Imam Ketika Majlis Nikah Ibunya [Video]

Tular Anak Nak Tidur Baling Botol Susu Hampir Kena Kepala Imam Ketika Majlis Nikah Ibunya [Video]

Sebab utama anak lelakinya itu bertindak sedemikian kerana kanak-kanak tersebut sedang mengantuk dan inginkan perhatian ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai ibu bapa atau seseorang yang bakal mempunyai anak, anda perlu tahu terdapat banyak fasa yang akan dilalui si kecil ketika proses pembesarannya.

Antara fasa tersebut adalah fasa tantrum. Tantrum merupakan tempoh singkat di mana berlakunya kemarahan secara tiba-tiba atau perlakuan tidak wajar seperti menangis, menjerit, memekik dan menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan menendang dan memukul.

Anak mengamuk ketika majlis nikah ibu

Begitulah yang dilalui seorang wanita ini apabila anaknya secara tiba-tiba mengamuk ketika majlis pernikahannya sedang berlangsung.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @shafikaharjuna, kelihatan jelas pergerakan wanita itu sedikit terbatas apabila anaknya yang dalam keadaan seakan mengamuk sambil memeluk dirinya.

@shafikaharjuna

Al kisah mak nak khwin anak nk tidoq psal mmg tme tu tme dy lena 😅😅

♬ tujh mein rab dikhta hai – @𝓹𝓼𝔂𝓬𝓱𝓮𝓭𝓶𝓾𝓽𝓪𝓷𝓽 🌞

Mengamuk kerana mengantuk dan ingin perhatian ibunya

Difahamkan, sebab utama anak lelakinya itu bertindak sedemikian kerana kanak-kanak tersebut sedang mengantuk dan inginkan perhatian ibunya.

Dalam video sama, ketika ibunya sedang memimpin tanggannya, keadaan kanak-kanak tersebut semakin sukar dikawal apabila secara tiba-tiba dia membaling botol susu yang dipegangnya.

Baling botol susu hampir kena kepala imam

Balingan tersebut dikatakan hampir terkena kepala imam yang berada di sana. Risau akan situasi menjadi semakin parah, wanita itu akhirnya mendukung serta menenangkan anaknya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendoakan agar urusan wanita tersebut dimudahkan dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman yang dilalui mereka bersama anak-anak ketika hari pernikahan.

Tantrum adalah sesuatu yang normal dilalui kanak-kanak

Untuk info, tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi agak mencabar kesabaran ibu bapa yang menghadapinya.

Dalam jangka umur si kecil lebih kurang dua tahun, kanak-kanak itu akan menguji had kesabaran ibu bapa, mereka juga tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.