fbpx

“Dah Takde Rasa Malu Ke?” – Gadis Selamba Selak Baju Tayang Dada Ketika Live Bersama Rakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan gadis ini dan berharap agar dia segera bertaubat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehormatan seorang wanita di dalam Islam amat tinggi kedudukannya. Malah ia juga sesuatu perkara yang dititikberatkan di kalangan masyarakat timur.

Namun apalah ertinya jika perkara tersebut ‘dihancurkan’ sendiri oleh segelintir kaum wanita hingga boleh mencemarkan maruah diri dan nama baik keluarga.

Sejak semalam (13 Oktober) tular satu video memperlihatkan aksi seorang gadis yang tanpa malu menyelak baju dan mempamerkan buah dadanya ketika sedang tampil bersiaran secara langsung (live) di dalam sebuah aplikasi media sosial.

Video tersebut yang dimuat naik sebuah portal berita di TikTok bukan sahaja mengejutkan pengguna media sosial malah ramai menyifatkan ia sebagai satu perbuatan yang amat memalukan.

Menerusi video tersebut, gadis ini pada mulanya bersama dua lagi rakan wanita sedang berbual secara langsung bersama dua lelaki menggunakan dialek pantai timur.

Namun di saat rakannya sedang berbual kosong bersama lelaki tersebut, dia mencelah sebelum menyelak bajunya ke atas hingga menampakkan pakaian dalam.

Tidak berhenti di situ, dia yang berada di belakang turut mengalihkan pandangan kamera ke arahnya sebelum sekali lagi menyelak pakaian hingga menampakkan asetnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan gadis ini dan berharap agar dia segera bertaubat.

Ramai yang turut meminta agar video berkenaan tidak dikongsikan bagi mengelakkan ianya terus tersebar kerana dikhuatiri akan memberikan impak yang lebih teruk kepada si gadis dan keluarga.

Malah ada yang mahu pihak bertanggungjawab untuk memantau aktiviti bagi mengelakkan lebih ramai anak muda terus terjerumus ke lembah maksiat.

Semakan kami mendapati, video berkenaan sudah pun dipadamkan malah video asal yang dimuat naik di platform lain juga sudah dibawa turun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.