fbpx
Now Reading
Patung Lilin Lee Chong Wei Kini Di Madame Tussauds Singapura

Patung Lilin Lee Chong Wei Kini Di Madame Tussauds Singapura

Difahamkan patung lilin tersebut akan terus berada di muzium Madame Tussauds Singapura sehingga Q1 2023 sebelum ia dipindahkan ke Hong Kong.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar tahun 2020 yang lalu, bekas pemain badminton no 1 negara, Datuk Lee Chong Wei (LCW) ada berkongsi kepada orang ramai yang beliau bakal mempunyai patung lilinnya sendiri di muzium Madame Tussauds.

Dengan pemilihan tersebut, beliau akan menjadi atlet pertama dari Malaysia yang diabadikan dalam bentuk patung lilin sebaris dengan jaguh sukan dunia seperti Muhammad Ali, David Beckham, Cristiano Ronaldo dan banyak lagi.

Baca artikel berkaitan: Patung Lilin Lee Lee Chong Wei Bakal Dipamerkan Di Madame Tussauds Hong Kong

Terbaharu selepas lebih dua tahun menanti, Madame Tussauds Singapura akhirnya secara rasmi mempamerkan patung lilin lagenda badminton negara itu pada Khamis (13 Oktober).

Menurut Pengurus Besar Madame Tussauds Singapura Steven Chung, pihaknya berbangga dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Chong Wei.

“Seorang bintang sukan terbaik di rantau ini, kini berada di Singapura dan berdiri sebaris dengan nama-nama terhebat dalam ‘Hall of Fame’ Sukan di sini.

“Legenda sukan adalah individu yang mengagumkan, mereka memiliki keupayaan unik untuk menawan hati peminat dan memberi inspirasi kepada generasi muda dari seluruh dunia,” kata Steven dalam satu kenyataan.

Menerusi foto yang dikongsikan, patung lilin tersebut dilihat memakai jersi yang sama dipakai Chong Wei ketika merangkul pingat perak ketiga dan terakhirnya iaitu di Sukan Olimpik Rio 2016.

Foto : Madame Tussauds Singapore

Difahamkan patung lilin tersebut akan terus berada di muzium Madame Tussauds Singapura sehingga Q1 2023 sebelum ia dipindahkan ke Hong Kong.

Dalam kenyataan sama, Madame Tussauds Singapura turut mengumumkan Malaysia Airlines dan Firefly sebagai syarikat penerbangan rasmi bersempena dengan pelancaran ini.

Peminat yang ingin melihat patung lilin Lee Chong Wei boleh membeli tiket masuk Madame Tussauds Singapura di sini. Namun harus diingatkan ia hanya akan berada di sana sehingga suku pertama 2023.

Sebagai info, Madame Tussauds Singapura yang mula beroperasi sejak 2014 terletak di Imbiah Lookout, Sentosa. Ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang (kemasukan terakhir adalah pada jam 5 petang).

Untuk sebarang pertanyaan tiket hubungi (65) 6715 4000 atau layari www.madametussauds.com/singapore.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.