fbpx
Now Reading
“Sebab Tu Kena Pakai Tinted” – Tular Lelaki Renung Tajam Wanita Sedang Nikmati AisKrim Dalam Kereta [Video]

“Sebab Tu Kena Pakai Tinted” – Tular Lelaki Renung Tajam Wanita Sedang Nikmati AisKrim Dalam Kereta [Video]

Apa yang lebih mengejutkan, pemandu lelaki tersebut turut mengikuti wanita itu ketika berada di atas jalan raya selama hampir 10 minit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu gangguan seksual terhadap golongan wanita dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, lebih-lebih lagi ia semakin kerap terjadi di negara ini.

Gangguan seksual bukanlah hanya dari segi amang seksual secara fizikal sahaja, malah ia juga boleh terjadi dari segi perkataan mahupun renungan terhadap seseorang wanita dengan niat tertentu.

Lelaki renung wanita sedang nikmati aiskrim dalam kereta

Begitulah yang dilalui seorang wanita ini apabila dia berdepan masalah sama apabil direnum oleh seorang lelaki ketika sedang memandu sambil menikmati aiskrim.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @flwrbloom3, jelas kelihatan seorang pemandu lelaki sedang merenung tajam wanita itu melalui tingkap keretanya.

@flwrbloom3

There is a difference between LOOKING and STARING! This creepy old man been following me and give me that look for almost 10 min #harassment #harassmentawareness

♬ Stand up – Zeda

Diikuti oleh lelaki tersebut selama hampir 10 minit

Apa yang lebih mengejutkan apabila wanita ini mendakwa lelaki tersebut turut memandu mengikutinya dari belakang selama hampir 10 minit.

“Ada beza di antara tengok dan tenung. Lelaki tua ini sangat menakutkan dan dia ikut saya hampir 10 minit,” tulisnya di kapsyen.

Kejadian berlaku di sekitar bandaraya Johor Bharu

Difahamkan, lelaki itu memandu kereta jenis Perodua Alza berwarna pink ketika kejadian tersebut berlaku di sekitar bandaraya Johor Bharu.

Wanita tersebut turut berpesan agar para gadis di yang berada di sekitar bandaraya tersebut untuk sentiasa berhati-hati.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi nasihat kepada gadis itu agar lebih berhati-hati selepas ini, malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang dilalui mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.