fbpx
Now Reading
Pemandu Lori Terkejut, Temui Mayat Dalam Kontena Di Butterworth

Pemandu Lori Terkejut, Temui Mayat Dalam Kontena Di Butterworth

Mayat lelaki tersebut dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari seminggu memandangkan keadaannya yang kembung serta berair.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Namun buat kita yang masih hidup, lebih-lebih lagi yang lemah semangat, pasti akan terkejut sekiranya terjumpa mayat tanpa sengaja atau dalam keadaan tidak bersedia.

Itu yang dialami seorang pemandu lori di Pulau Pinang selepas menemui satu mayat di dalam kontena yang dibawanya.

Menurut laporan Malaysia Gazette yang dikongsikan di laman grup Facebook Penang Kini, insiden berkenaan berlaku pada Jumaat (14 Oktober) sekitar jam 4.15 petang ketika pemandu tersebut sedang melalui pos pemeriksaan kastam untuk keluar dari Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Pulau Pinang.

Tambah laporan tersebut, insiden menyebabkan pemandu berkenaan jatuh pengsan.

Dalam laporan sama, mayat tersebut yang merupakan seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari seminggu memandangkan keadaannya yang kembung dan berair.

Foto kejadian yang dipercayai dirakam orang awam turut tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa individu.

Pemandu nafi pengsan, mayat dipercayai warga Bangladesh

Seorang pengguna Facebook, Ketam Nasi kemudiannnya tampil mendakwa bahawa dia adalah pemandu lori berkenaan.

Dia bagaimanapun menafikan laporan bahawa dia telah jatuh pengsan sebaliknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Tambahnya, mayat tersebut disyaki seorang warganegara Bangladesh, malah kontena berkenaan juga berasal dari negara tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang berhubung insiden tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.