fbpx
Now Reading
Tular Video Bas Dua Tingkat Tersangkut Bawah Jambatan, Ini Respon Myrapid KL [Video]
Bas rapid KL tersangkut

Tular Video Bas Dua Tingkat Tersangkut Bawah Jambatan, Ini Respon Myrapid KL [Video]

Myrapid KL turut mengesahkan tiada kecederaan yang berlaku kepada pemandu bas berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembinaan jalan raya bertujuan untuk memudahkan masyarakat untuk ke destinasi yang ingin ditujui.

Namun, bagi menjamin keselamatan pengguna, jalan raya di negara ini telah dibina dengan menggunakan beberapa ciri khas sebagai contoh laluan motosikal, ketinggian sesebuah kenderaan serta banyak lagi.

Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya kita perlulah sentiasa peka agar dapat mencegah dari berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Bas dua tingkat tersangkut undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Sukh Patwari, memaparkan sebuah bas dua tingkat yang tersangkut sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut kelihatan sebuah bas dua tingkat Myrapid KL tersangkut di bawah jejambat di terowong di Jalan Pudu yang berketinggian 3.7 meter (m), pada Khamis (13 Oktober).

Insiden itu menyebabkan bahagian atas bas remuk serta melekat pada dinding terowong hingga tidak dapat bergerak keluar dari jambatan berkenaan.

Myrapid KL maklum tiada penumpang ketika insiden berlaku, mohon maaf atas kesulitan yang berlaku

Susulan dari insiden berkenaan, Rapid Bus memaklumkan bas sudah pun berjaya dibawa keluar.

Ketika kejadian, tiada penumpang dilaporkan berada dalam bas tersebut.

“Semasa kejadian, tiada penumpang di dalam bas dan Kapten Bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bas terbabit telah berjaya dikeluarkan dari terowong pada jam 5.15 petang.

“Rapid Bus memohon maaf atas kesulitan yang di hadapi oleh pengguna jalanraya lain, dan akan memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap insiden ini,” jelasnya.

Foto: Myrapid KL

Ramai sangka pemandu bas lupa sedang bawa bas dua tingkat

Melihat di ruangan komen video tersebut, ramai yang menyangka pemandu bas itu mungkin terlupa bahawa pada hari berkenaan dia membawa bas dua tingkat.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan pemandu bas berkenaan mungkin baru bekerja sebagai pemandu bas.

‘Ni kes lupalah ni’

‘Dia lupa hari ni pandu bas dua tingkat’

‘Kan dah tertulis dekat situ ada ketinggian berapa. Ni mesti geng baru kerja ni’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.