fbpx
Now Reading
“Maafkan Saya Sebab Geli Hati & Ketawa” – Nabila Huda Dikecam Dakwa Nasi Goreng Guna Namanya [Video]

“Maafkan Saya Sebab Geli Hati & Ketawa” – Nabila Huda Dikecam Dakwa Nasi Goreng Guna Namanya [Video]

Bagaimanapun, Nabila Huda menerusi hantaran video di akaun TikTok miliknya telahpun mohon maaf secara terbuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, nama pelakon Nabila Huda sekali lagi menjadi bualan hangat orang ramai selepas tular videonya mentertawakan resepi makanan yang dikongsikan di dalam media sosial.

Menerusi perkongsia video yang di muat naik di laman Twitter akaun @_alianatasyah, kedengaran jelas suara Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil sedang mentertawakan salah satu video resepi nasi goreng yang ditontonya.

Susulan itu, pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial telah dilemparkan pada aktres berusia 37 tahun itu.

Difahamkan juga, pemilik video yang berkongsi resepi itu telah memuat naik video perkongsian tersebut pada tahun lalu dan tidak pernah menyatakan bahawa itu adalah resepi nasi goreng Abil.

Dakwa resepi nasi goreng gunakan namanya

Hal ini susulan Abil yang memuat naik kenyataan di akaun TikTok rasminya mendakwa resepi nasi goreng itu telah menggunakan namanya.

“Saya tak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan awak. Yang buat saya ketawakan adalah, awak menggunakan title ‘nasi goreng viral Nabila Huda’ untuk posting awak tapi tak ikut resepi yang saya tunjukkan,” tulisnya dalam video.

Nabila Huda mohon maaf secara terbuka di TikTok

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Abil menerusi satu hantaran video berasingan telah memohon maaf secara terbuka kerana terasa geli hati dan tertawa melihat gelagat masing-masing menggunakan resepi namanya.

@abilsuhaimi

Abil cuba comments kt her story but tak boleh.. too long. Tolong sampai kan pada dia ya maaf saya ni..terima kasih 💕

♬ original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

“Maafkan saya ye sebab saya terasa geli hati dan ketawa tengok gelagat masing-masing menggunakan resepi nama saya.

“Saya pun masih baru dalam TikTok dan pada saya semua video kelakar dan menghiburkan hati saya. Saya pun ada hak juga kan nak ketawa macam anda semua?” tulisnya lagi.

‘Search Title’ diletakan secara automatik oleh TikTok

Pada masa yang sama, seorang pengguna Twitter menjelaskan bahawa ‘search title’ yang ada di dalam laman TikTok bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh pemilik video, tajuk tertentu akan diletakkan di ruangan itu secara automatik oleh aplikasi tersebut.

Kredit gambar: Twitter/syifajamil_
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.