fbpx
Now Reading
“Kenapa Cuti Sehari Je?” – Syed Saddiq Cadang Kerajaan Panjangkan Tempoh Cuti Deepavali

“Kenapa Cuti Sehari Je?” – Syed Saddiq Cadang Kerajaan Panjangkan Tempoh Cuti Deepavali

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, beliau juga memberi cadangan agar cuti Deepavali dipanjangkan tempohnya sama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, antara hari yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia adalah hari cuti umum, ini kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Bagaimanapun, rakyat harus akur bahawa setiap cuti umum yang ada di negara ini tempoh cutinya adalah berbeza-beza.

Mesej dari pelajar IPTA, mohon cuti Deepavali dipanjangkan

Susulan itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendapat sebuah mesej dari seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang meminta untuk memanjangkan cuti Deepavali.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter peribadinya, pelajar tersebut meluahkan rasa kekecewaanya apabila cuti umum Deepavali hanya diberikan selama satu hari sahaja.

Tempoh cuti singkat, kebanyakan pelajar tidak dapat meraikannya bersama keluarga

Difahamkan, tempoh cuti yang singkat menyebabkan kebanyakan pelajar tidak dapat pulang ke rumah untuk meraikan perayaan tersebut bersama keluarga kerana keesokan harinya kelas akan dijalankan seperti biasa.

Foto: malaymail

“Saya menghantar mesej ini untuk meluahkan betapa kecewannya kebanyakan pelajar India dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan untuk Deepavali tahun ini.

“Hanya satu hari dan kami tidak dapat meraikan perayaan kami kerana mempunyai kelas pada hari seterusnya dan kebanyakkan daripada kami tidak dapat pulang ke rumah untuk meraikan perayaan dengan keluarga,” luah pelajar itu.

Syed Saddiq bagi cadangan panjangkan tempoh cuti Deepavali

Enggan berdiam diri, Syed Saddiq yang juga Presiden Muda itu menyeru agar kerajaan mempertimbangkan cadangannya untuk memanjangkan cuti Deepavali untuk memberikan masa yang cukup kepada penganut agama Hindu meraikan perayaan itu.

Menerusi ciapan yang sama, beliau juga memberi cadangan agar cuti perayaan Deepavali dipanjangkan tempohnya sama seperti perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

“Saya nak cadangkan Keluarga Malaysia panjangkan sikit, Biar sama macam Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Kesian Mereka.”

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq

Tambahnya, alasan ‘sama macam dulu’ tidak sepatutnya digunakan kerana apa yang mampu diubah seharusnya diperbaiki.

Foto: Twitter/SyedSaddiq
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.