fbpx
Now Reading
“Seronok & Sengsara Bersama” – Suami Kena Alahan Dari Isteri Mengandung Raih Pelbagai Reaksi [Video]

“Seronok & Sengsara Bersama” – Suami Kena Alahan Dari Isteri Mengandung Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Menurut wanita itu, alahan suaminya itu bukanlah kali pertama kerana sebelum ini dia juga pernah mengalami alahan tersebut ketika isterinya mengandung anak pertama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, setiap wanita yang sedang mengandung pasti akan mengalami alahan atau timbul perasaan mengidam sesuatu benda. Perkara ini adalah sesuatu yang normal dan tidak lah pelik.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa alahan wanita mengandung juga boleh terjadi pada suaminya.

Suami rasa mual dan loya, terkena alahan isteri mengandung

Begitulah yang dilalui pasangan ini apabila tular video suaminya yang merasa mual dan loyak kerana terkena alahan dari isterinya yang mengandung

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @habibahchehassan, kelihatan suaminya kerap memasuki tandas dan muntah kerana mengalami alahan teruk.

@habibahchehassan

ini lah dinamakan Seronok bersama sensara juga bersama🤣 ingat yg pertama aja begitu, yg kedua juga beginii. ok Adil 😆

♬ Funny Song – Cavendish Music

Alahan mengandung yang kedua kali dialami suaminya

Difahamkan, alahan suaminya itu bukanlah kali pertama kerana sebelum ini dia juga pernah mengalami alahan tersebut ketika isterinya mengandung anak pertama.

“Ini lah dinamakan seronok bersama sengsara juga bersama, ingat yang pertama saja begitu, yang kedua juga begini. Okay adil,” tulisnya di kapsyen.

Asam tak lekang dari suaminya sepanjang alahan

Menerusi satu hantaran berasingan, suaminya juga dikatakan tidak boleh lekang dengan memakan asam agar rasa mual dan loya yang dirasakannya itu dapat dikawal.

“Ada sis ada, asam ni kira tak lekang dengan dia dah macam kedai Jeruk Madu Pak Ali Penang dah,” tulisnya dalam video.

“Saya harap suami saya macam ni juga” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan reaksi yang menghiburkan, malah ada juga yang mengharapkan agar suami mereka terkena nasib yang sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.