fbpx
Now Reading
Bengang Dijadikan Bahan Lawak, Caprice Beri Mydin 24 Jam Untuk Minta Maaf Atau Berdepan Saman RM30 Juta

Bengang Dijadikan Bahan Lawak, Caprice Beri Mydin 24 Jam Untuk Minta Maaf Atau Berdepan Saman RM30 Juta

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang permohonan maaf yang dikeluarkan pihak Mydin. Bahkan mereka masih mengekalkan ciapan tersebut selain dilihat ‘santai’ memuat naik satu ciapan baru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi rap, Caprice rasanya sudah cukup terkenal di kalangan pengguna media sosial.

Bukan sahaja aktif menyanyi, malahan Caprice cukup dikenali kerana rajin mengulas isu-isu panas yang berlaku di dalam negara.

Terbaharu, Caprice sekali lagi menjadi perbualan hangat selepas dia meluahkan rasa kecewanya terhadap rangkaian pemborong dan peruncit tempatan terbesar di Malaysia, Mydin.

Ini kerana akaun Twitter rasmi Mydin menurutnya telah memuat naik satu ciapan yang disifatkan telah mempersenda dan memalukannya namanya.

Menerusi ciapan tersebut, Mydin dilihat mempromosikan terma dan syarat mereka yang membenarkan pelanggan memulangkan barang yang dibeli dalam tempoh 24 jam.

“Mula-mula ingat nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa mcm tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam,” ciap Mydin.

Beri 24 jam untuk buat permohonan maaf dan padam ciapan

Berang dengan ciapan tersebut, Caprice memberikan pihak Mydin 24 jam untuk membuat permohonan maaf dan memadam ciapan berkenaan.

“Ekoran dari posting Mydin Malaysia pada 19 Oktober, klien kami (Caprice) telah menerima penghinaan dari jenama dan kedai yang sering dia kunjungi.

“Disebabkan penghinaan awam ini (juga), pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan akan berdepan trauma dari pembeli, pekerja, dan pelanggan dari Mydin Malaysia.

“Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap Mydin Malaysia boleh mengeluarkan video permohonan maaf video dan pampasan di atas posting melulu yang dilakukan oleh jenama terkenal itu,” tulis wakil Caprice pada ruangan kapsyen.

Minta maaf atau saman RM30 juta

Menerusi muat naik di IG Story, Caprice turut meletakkan ‘countdown timer’ sebagai peringatan kepada pihak Mydin untuk menunaikan permintaannya iaitu memohon maaf dan memadam ciapan tersebut atau bakal berdepan saman RM30 juta.

Mydin masih santai

Namun menerusi semakan kami, tiada sebarang permohonan maaf yang dikeluarkan akaun rasmi Mydin. Bahkan mereka masih mengekalkan ciapan tersebut selain dilihat ‘santai’ memuat naik satu ciapan baru.

“Selamat pagi semua, banyak betul notifikasi masuk hari ini. Korang dah shopping dekat Mydin belum?” ciap Mydin ringkas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.