fbpx
Now Reading
Hancur Hati Suami! Isteri Hamil Mengidam Bau Ex, Rupanya Mengandung Anak Lelaki Lain

Hancur Hati Suami! Isteri Hamil Mengidam Bau Ex, Rupanya Mengandung Anak Lelaki Lain

Di akhir kisah tersebut, hubungan lelaki terbabit bersama isterinya yang dibina selama 3 tahun akhirnya musnah dipertengahan jalan kerana kecurangan wanita itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaanya, setiap wanita yang sedang mengandung pasti akan mengalami alahan atau timbul perasaan mengidam sesuatu benda. Perkara ini adalah sesuatu yang normal dan tidak lah pelik.

Terkadang, wanita yang sedang hamil akan mengidam sesuatu yang pelik dan sukar untuk suami menunaikannya, namun kali ini permintaan seorang isteri yang sedang mengandung ini bukan sahaja sukar ditunai tetapi agak meragukan.

Isteri mengidam bau bekas teman lelaki

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter akaun @MarheanMy, wanita itu berkongsi luahan seorang lelaki apabila isteri yang dicintainya mengidam bau bekas teman lelaki di saat hamil.

“Tersedak saya baca status ni. Pasrah je suami suruh wife contact ‘Ex’ (bekas teman lelaki) dia. Dear husband sekalian, apa benda paling gila wife korang pernah mengidam?” tulisnya di kaspyen.

Kisah mengenai lelaki tersebut bertambah hangat apabila ada netizen yang mula berkongsikan pautan luahan asalnya yang didedahkan secara bersiri di dalam laman web IIUM Confession.

Sanggup menghabiskan duit beli pelbagai jenis wangian demi Isteri tercinta

Menerusi pendedahan bersiri itu, lelaki yang dikenali sebagai Aril (bukan nama sebenar) menjelaskan demi menunaikan permintaan isterinya, dia sanggup menghabiskan duit dengan membeli pelbagai jenis minyak wangi yang mungkin digunakan bekas kekasih isterinya, iaitu Alif (bukan nama sebenar).

Namun, usahanya tidak berhasil apabila bauan yang diberi ternyata masih tidak sama dengan haruman yang digunakan oleh lelaki bernama Alif itu.

Benarkan isteri berjumpa dengan kekasih lamanya

Kecewa dengan perkara itu, Aril akhirnya mengalah dan nekad membenarkan Sara untuk berhubung dengan bekas teman lelakinya untuk berjumpa.

Foto: IIUMC

Sejak dari pertemuan itu, Aril mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap isterinya.

Malah dia yang tidak pernah merasa sangsi, mula merasakan terdapat banyak tingkah laku Sara yang agak mencurigakan antaranya sikapnya yang semakin dingin selain mula memasang password pada telefonnya.

Periksa telefon bimbit isteri demi mencari kepastian

Dia yang harus mencari jawapan akhirnya membuat keputusan untuk berbincang dari hati ke hati dan saling memeriksa telefon bimbit masing-masing demi berlaku adil.

Foto: IIUMC

Terbongkar isteri ada hubungan dengan lelaki lain di belakang suami

Ternyata sesi ‘heart to heart’ itu telah meluluhkan hati Aril apabila dia akhirnya berjaya membongkarkan perbuatan isteri tercinta yang di dalam diam mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Wanita itu cuba berselindung mengenai hubungannya dengan membuat satu grup Telegram palsu untuk mengaburi mata suaminya yang akhirnya.

Foto: IIUMC

Mengambil keputusan bercerai, selepas tahu anak yang dikandung benih lelaki lain

Di akhir kisah tersebut, hubungan lelaki terbabit bersama isterinya yang dibina selama 3 tahun akhirnya musnah dipertengahan gara-gara kecurangan wanita itu

Apa yang lebih mengejutkan, anak yang dikandung selama ini oleh isterinya merupakan anak bersama lelaki lain dan bukan suaminya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang merasakan bayi yang dikandung merupakan kepada Alif.

Foto: IIUMC

Kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan sama ada benar atau sekadar rekaan semata-mata, namun apa yang diceritakan ini sedikit sebanyak boleh diambil sebagai pengajaran dan iktibar agar kita lebih menghargai pasangan dan tidak berlaku curang.

Untuk bacaan lanjut, layari laman IIUM Confession di sini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.