fbpx
Now Reading
Sempena Deepavali, Maxis Sokong Perniagaan Tempatan Dengan Kempen ‘Deepavali Maxis, Light Up Possibilities’

Sempena Deepavali, Maxis Sokong Perniagaan Tempatan Dengan Kempen ‘Deepavali Maxis, Light Up Possibilities’

Kempen Deepavali Maxis memberi tumpuan kepada perniagaan tempatan berbangsa India melalui percepatan digital untuk meningkatkan peluang pendapatan mereka semasa musim perayaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Secara tradisinya, Deepavali membolehkan peniaga dan usahawan meningkatkan peluang pendapatan mereka, melalui aktiviti membeli-belah sebelum perayaan tersebut.

Untuk musim perayaan ini, kempen Deepavali Maxis, Light Up Possibilities, memberi tumpuan kepada lebih 100 perniagaan tempatan bangsa India dengan percepatan digital.

Untuk setiap perniagaan, Maxis akan memaparkan iklan radio dan TV di Astro Ragaa dan pelbagai saluran Tamil di Astro, kad perniagaan maya yang dihoskan di laman web Maxis yang akan membawa pembeli terus ke saluran perniagaan masing-masing, dan menggalakkan sokongan untuk perniagaan-perniagaan ini melalui YouTube, Facebook dan Instagram Maxis serta Astro.

Gergasi telekomunikasi itu turut menjemput rakyat Malaysia untuk membeli-belah bagi menyokong perniagaan tempatan, sambil menikmati pilihan pakaian, makanan & minuman, hiasan, barangan rumah, serta seni dan kraf.

“Musim perayaan sangat penting kepada Maxis, kerana ia memberi kami peluang untuk memberi penghormatan khas kepada masyarakat. Oleh itu, dengan meraikan semangat keusahawanan dan peranan mereka dalam ekonomi, kami berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam menyediakan peluang bagi perniagaan kecil untuk meningkatkan mata pencarian mereka melalui pendedahan kepada media. Dengan menggabungkan teknologi dan tradisi, kami komited untuk membolehkan komuniti untuk Terus Menerajui.”

Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis, Loh Keh Jiat.

Bakal lancarkan filem ‘Inaivom Inaippom’

Dalam masa sama, Maxis juga akan melancarkan filem ‘Inaivom Inaippom’, untuk menggambarkan bagaimana peluang-peluang dapat menyalakan komuniti apabila kita berkongsi berkat.

Selain itu, sebuah video muzik khas akan dikeluarkan sebagai sebahagian daripada sambutan Deepavali.

Bersempena dengan musim perayaan ini, Maxis juga akan menjalankan program eKelas Usahawan edisi Deepavali untuk usahawan baharu ini di Menara Maxis pada bulan November.

eKelas Usahawan ialah program pemasaran digital berstruktur yang bertujuan untuk membantu usahawan membangunkan kehadiran digital yang lebih kukuh.

Ia terdiri daripada siri bengkel pemasaran digital tanpa sebarang kos, dengan pendekatan praktikal dan amali. Ini membolehkan peserta mempelajari alat dan kemahiran digital untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing, sekaligus mengembangkan peluang pendapatan mereka.

Sementara itu, sesi webinar juga berlangsung dan terbuka kepada semua orang. Untuk mendaftar, anda bole klik di sini.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai kempen ini pula, sila lawati laman di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.