Asbab Bantu Kucing Jalanan Sakit Walau Duit Hanya Tinggal RM50, Lelaki Terima Ganjaran 6 Kali Ganda [Video]

Sebagai seorang manusia, sifat menyayangi haiwan dan senang membantu adalah sesuatu yang wajib ada dalam diri setiap insan.

Di dalam Islam pula, Allah SWT melarang umatnya menyeksa binatang yang ada di muka bumi ini serta menjanjikan ganjaran pahala bagi yang menyayangi dan membantu haiwan.

Begitulah yang dilakukan seorang lelaki ini apabila dia yang sedang berada dalam keadaan kekurangan duit tetap ikhlas membantu haiwan yang dalam kesusahan.

Anak kucing sakit terbaring di atas jalan

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @acak_east, kelihatan seekor anak kucing yang sedang terbaring kesakitan di atas jalan.

Hanya ada RM50 untuk bertahan hingga hujung bulan

Difahamkan, lelaki terbabit pada waktu itu hanya mempunyai RM50 untuk bertahan sehingga akhir bulan, namun kerana rasa simpati dia tetap membawa kucing jalanan itu ke klinik haiwan.

“Masa ni aku ada RM50 saja untuk sampai bulan ni. Masa balik tu nampak kucing sakit. Tak sampai hati ingatkan dah mati tapi masih hidup terus bawa jumpa doktor haiwan,” tulisnya dalam video.

Lelaki terbabit berasa malu kepada doktor haiwan berkenaan kerana kekurangan duit

Menurut lelaki itu, kerana kekurangan duit, dia berasa sedikit malu untuk berhadapan dengan doktor haiwan tersebut kerana harus meminta bayaran ditangguhkan sekiranya harga cas yang dikenakan mencecah ratusan ringgit.

Namun kerana rasa simpati terhadap kucing tersebut, lelaki terbabit tetap menunggu hingga kucing itu selesai dirawat.

“Aku segan dengan doktor ni sebab takut harga dia berates kan tapi sebab aku tak sampai hati aku tunggu saja doktor cakap harga. Dalam kepala dah fikir saya bayar selebihnya hujung bulan,” tulisnya lagi

Caj bagi rawatan kucing itu hanya RM29 sahaja

Apa yang mengharukan, caj rawatan yang dikenakan oleh klinik haiwan tersebut hanya RM29 sahaja seakan doktor terbabit mengetahui masalah kekurangan wang yang dihadapi lelaki itu

“Klinik ni memang terbaik, tiba-tiba doktor tu kata kos dia hanya RM29 sahaja. Ya Allah kau tau yang masa ini aku tengah susah. Jadi kiranya 50% untuk awak (kucing) dan 50% adalah untuk saya,” tulis lelaki itu.

‘Cashback’ RM375 masuk lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya

Seakan mendapat ganjaran atas kebaikan yang dilakukan, selang beberapa hari, wang ‘cashback’ sebanyak RM375 yang sepatutnya diperolehi pada hujung bulan secara tiba-tiba diberi lebih awal.

“Selepas selang beberapa hari aku dapat RM375 duit ‘cashback’ aku masuk awal sepatutnya hujung bulan nanti, terima kasih Allah,” tulis lelaki itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pujian kepada lelaki itu kerana sudi membantu anak kucing tersebut. Selain itu, netizen turut mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

4 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

4 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

6 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago